VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 17/09/2012

Kolej Pertanian Malaysia

NOH Omar (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada graduan pada Majlis Konvokesyen Pertanian ke-2 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini.

KOLEJ Pertanian Malaysia bernilai RM146 juta di Bukit Tangga, Sintok, Kedah dijangka menerima pengambilan pelatih pertama pada Jun 2013.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kampus yang boleh menempatkan seramai 2,000 pelatih itu bakal melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang pertanian.

"Sasaran kita adalah para belia yang berminat dalam sektor pertanian dan mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi untuk mencuba peluang dalam bidang pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Pertanian Kedua 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Hashim Abdullah.

Pada majlis konvokesyen itu, seramai 840 graduan terdiri daripada 406 lulusan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC); 398 lulusan Institut Pertanian Semenanjung Malaysia dan 36 lulusan Institut Latihan Veterinar diploma dan sijil masing-masing.

Pada majlis sama, Noh turut melepaskan konvoi Kembara Merdeka Ke-55 melibatkan 120 buah teksi di bawah Persatuan Pengusaha Teksi Shah Alam dan Klang ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan lain, Noh turut mengumumkan pembinaan Sekolah Perikanan di Kampung Acheh, Lumut, Perak akan bermula hujung tahun ini dan dijangka siap pada 2014.

Menurutnya, sekolah itu bakal menempatkan 600 pelajar dan merupakan pusat kecemerlangan sektor perikanan moden di rantau ini.

"Sekolah ini bertujuan memberi peluang kepada para belia mengikuti kursus dalam bidang perikanan dan menjadi tenaga kerja mahir dalam sektor awam atau swasta," katanya.

Tambah beliau, kerajaan juga telah mengadakan perjanjian dengan beberapa syarikat swasta supaya para penuntut di institusi itu diberi peluang menjalani latihan praktikal dengan pihak swasta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.