VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 29/08/2012

Hanya 16 peratus petugas sektor pelancongan miliki diploma

PUTRAJAYA 28 Ogos - Hanya sekitar 16 peratus kakitangan dalam industri pelancongan dan hospitaliti memiliki kelayakan sekurang-kurangnya diploma, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar).

Sehubungan itu katanya, Pusat Pengajian Pelancongan dan Hospitaliti (MyCenTHE) yang ditubuhkan pada tahun lalu memainkan peranan penting dalam melahirkan lebih ramai sumber manusia yang berkemahiran dalam bidang berkenaan.

‘‘MyCenTHE telah ditubuhkan untuk meningkatkan jumlah mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi dalam industri, sasaran jangka panjang adalah melahirkan sekurang-kurangnya 50,000 kakitangan berkemahiran setiap tahun menjelang 2020," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Pelancongan dan Hospitaliti di sini hari ini.

Persidangan tersebut diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun MyCenTHE yang pertama.

MyCenTHE merupakan institusi yang bermatlamat untuk meningkatkan kualiti pendidikan pelancongan dan hospitaliti melalui sokongan pasukan khas yang terdiri daripada pakar pendidikan, peneraju industri serta wakil dari agensi kerajaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, kementeriannya memberi sokongan kepada MyCenTHE melalui tawaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM16,000 untuk tempoh pengajian peringkat diploma selama dua tahun.

‘‘Pelajar tidak perlu mendapatkan pinjaman penuh kerana mereka mengikuti pengajian yang berasaskan pekerjaan dan ini bermakna mereka akan mendapat elaun," katanya.

Tambahnya, Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga kerja yang mempunyai kemahiran tinggi dalam sektor perlancongan dan hospitaliti selari dengan sumbangan industri ini dalam ekonomi negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.