ARKIB : 28/08/2012
1,350 pelajar Unisel masih belum mendaftar masuk ke asrama
KUALA SELANGOR 27 Ogos - Kira-kira 1,350 pelajar kampus induk Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya di sini masih belum mendaftar masuk ke asrama yang diuruskan oleh syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB).
Ketua Residen Komuniti Siswa JNSB, Norashikeen Mohd. Stap berkata, bagi sesi pendaftaran hari ini hanya 350 pelajar hadir membuat pendaftaran dan mengambil kunci bilik asrama masing-masing.
"Kita masih menunggu 1,350 pelajar untuk mendaftar kerana mereka telah pun membuat tempahan bilik asrama mengikut proses yang ditetapkan iaitu melalui dalam talian.
"Proses pendaftaran untuk mengambil kunci bilik akan dijalankan sehingga asrama dipenuhi dengan pelajar, cuma keutamaan diberikan kepada mereka yang membuat tempahan bilik," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Berdasarkan perangkaan, sepatutnya seramai 4,000 pelajar membuat pendaftaran kemasukan ke asrama yang dibuka sejak 23 Ogos lalu setelah beberapa kali penangguhan sejak awal bulan ini, ekoran kemelut penempatan kediaman pelajar setelah Unisel gagal melunaskan hutang penyelenggaraan asrama dan kampus induk mencecah sehingga RM15 juta.
Norashikeen berkata, sepanjang proses pendaftaran, pihaknya tidak mengalami sebarang masalah kecuali terdapat pelajar yang tidak membawa slip i-daftar dan resit pembayaran, namun JNSB telah menyediakan kaunter khas bagi perkhidmatan percetakan slip berkenaan untuk kemudahan pelajar.
"Bagi memudahkan pelajar melakukan pendaftaran, kami membuka kaunter pendaftaran dan seramai 285 pelajar hadir mendaftar dan mengambil kunci asrama.
"Dianggarkan sehingga pendaftaran hari ini, lebih 2,000 pelajar sudah mempunyai bilik masing-masing dan bersedia memulakan sesi pembelajaran mereka," katanya.
Sementara itu, seorang pelajar baru dari Sabah, Kasmiyati Andreas, 20, berkata, dia yang pertama kali datang ke kampus induk Unisel berasa bersyukur kerana tiada masalah berlaku sepanjang proses pendaftaran kemasukan asrama.
"Saya datang setelah mendapat maklumat bahawa pelajar dari Sabah dan Sarawak dikehendaki mendaftar mengikut masa yang ditetapkan iaitu selepas Aidilfitri.
"Saya juga berharap pihak Unisel dapat menyelesaikan sebarang masalah yang mereka hadapi tanpa melibatkan para pelajar," katanya.
Pelajar semester tiga jurusan pendidikan yang hanya mahu dikenali sebagai Ila, 19, berkata, pada awalnya dia agak terkejut mengenai kejadian para pelajar tidak dibenarkan memasuki asrama kerana berlakunya masalah antara pihak pentadbiran Unisel dan JNSB.
''Namun hari ini saya berasa sangat gembira apabila telah dibenarkan mendaftarkan diri dan tinggal di asrama, sekali gus boleh meneruskan pengajian seperti biasa," katanya.
Staf beriadah dengan Naib Canselor
Tingkat potensi diri dalam pasaran kerja
USM cipta dapur boleh cas telefon bimbit
Rahman terima anugerah UKM
Graduan cemerlang selesa mengajar di pedalaman
UTM B ungguli Pertandingan Robocon 2013
Jangan jadi kacang lupakan kulit
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










