ARKIB : 30/07/2012
Palapes TUDM UIAM ditauliah
SERAMAI 40 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memasuki Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Di Raja Malaysia (PSSTUDM) ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.
Majlis pentauliahan ke-31 itu disempurnakan oleh Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Salehuddin Sultan Badlishah.
Pasukan PSSTUDM UIAM mencatat sejarahnya tersendiri kerana ini adalah kumpulan pertama ditauliahkan sejak penubuhannya.
Majlis dan istiadat pentauliahan yang diadakan sebagai pengiktirafan kepada pegawai-pegawai kadet yang menamatkan latihan ketenteraan selama 240 jam setahun untuk latihan tempatan dan 350 jam atau 15 hari latihan dan 14 hari latihan berterusan dan latihan yang dijalankan selama tiga tahun.
Dalam pada itu, Leftenan Muda Muhamad yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Pembuatan , Hazwan Abu Hassan dipilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik Palapes TUDM UIAM.
Hazwan berkata, penganugerahan ini adalah satu kejayaan yang sangat berharga kepada dirinya sejak menyertai pasukan ini tiga tahun lalu.
'Pelbagai dugaan dan cabaran yang telah saya tempuhi, hasil daripada kejayaan ini sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri saya serta rakan-rakan yang lain di dalam bidang akademik mahupun kokurikulum," ujarnya.
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









