ARKIB : 30/07/2012
Risalah berbuka
Bersempena kedatangan bulan Ramadan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tampil melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mengedarkan 20,000 risalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak ke seluruh negeri Melaka.
Pengarah Pejabat Perancangan dan Komunikasi Korporat (PPKK) Fazidah Ithnin berkata, risalah itu dicetak pada tahun ini untuk diedarkan kepada kakitangan dan pelajar universiti serta masyarakat setempat.
"Edaran jadual waktu berbuka dan imsak merupakan sumbangan UTeM kepada masyarakat sebagai panduan serta memudahkan ibadah puasa dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia ini.
"Jadual ini turut diedarkan ke seluruh Melaka termasuk di surau-surau dan kawasan perumahan," katanya.
Selain jadual berbuka puasa dan imsak, edaran itu turut mengandungi panduan dan maklumat menunaikan puasa di bulan Ramadan agar masyarakat dapat melaksanakan ibadah dengan penuh penghayatan.
Dalam pada itu, Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM turut menganjurkan pelbagai aktiviti sempena bulan Ramadan antaranya tadarus al-Quran, berbuka puasa dan solat tarawih.
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









