ARKIB : 30/07/2012
Dakwah kebajikan
BAGI membuktikan kecenderungan mahasiswa dalam aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan telah menganjurkan program Perkampungan Kelab Perkim Universiti bertempat di Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini.
Program yang bertemakan 'Bakti Disemai, Kasih Dituai' itu disertai seramai 130 mahasiswa Majlis Permuafakatan Kelab Perkim Universiti (Mampu) dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Program yang dijayakan itu mendapat kerjasama dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pahang dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Relong, Kuala Lipis.
Pengarah Program, Suariza Hidayah Muhammad berkata, selain menjalin ukhuwah antara mahasiswa bersama penduduk kampung program ini juga dapat meningkatkan nilai-nilai kemasyarakatan dalam diri mahasiswa.
"Ia bertujuan mendedahkan mahasiswa secara praktikal metodologi dakwah yang dianjurkan Islam melalui dakwah bil hal dan bil lisan sekali gus memberi latihan kepada mereka dalam mendekati masyarakat kampung serta menjalinkan silaturahim sesama mahasiswa," katanya.
"Selain itu, program ini juga dapat mempromosikan peranan dan sumbangan Kelab Perkim Universiti kepada masyarakat tidak kira batasan kaum dan agama," katanya.
Program tersebut dirasmikan oleh Rektor UiTM Pahang, Prof. Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman manakala majlis penutup telah disempurnakan Pengarah Dakwah Perkim, Hj. Abdul Hanif Harun.
Hadir sama, Pengerusi Perkim Cawangan Lipis, Datuk Wan Abdul Rahman Wan Ibrahim dan Penasihat Kelab Perkim UiTM Pahang, Dr. Aiza Budin.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah program smart Solat, fun With English, motivasi akademik, pemeriksaan kesihatan, pameran Mampu dan sukaneka, gotong-royong, program ziarah kasih.
Selain itu, penganjuran malam inspirasi Islam dengan persembahan sketsa, dikir barat, pentomin, qasidah, jenaka, nasyid dan berzanji.
Suariza yang juga Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim berkata, jalinan kerjasama di antara mahasiswa Mampu mewujudkan satu jaringan ukhuwah secara tidak langsung memberi impak positif kepada mereka dalam menjalankan seruan dakwah.
"Ia sesuai dengan objektif Mampu untuk menjalinkan hubungan akrab dengan segenap lapisan masyarakat dengan menggunakan khidmat, idealisme serta karisma mereka sebagai mediator penyebaran dakwah Islamiah kepada masyarakat.
"Misi Mampu akan tercapai melalui program yang dirancang dengan teliti bertemakan perpaduan, kedamaian dan persefahaman sekali gus bertindak bagi memupuk keharmonian kaum yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia supaya terkikis salah faham dan buruk sangka.
"Mampu juga melaksanakan kerja-kerja kebajikan dalam memartabatkan akhlak dan kerohanian sebagai unsur yang penting dalam keharmonian kaum," ujarnya.
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









