ARKIB : 20/07/2012
Dana RM1j bantu bidang keusahawanan UMK
KOTA BHARU 19 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi hari ini mengumumkan pemberian dana sebanyak RM1 juta kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Dana tersebut bagi membantu UMK menggerakkan Pusat Penyelidikan Keusahawanan dan Inovasi Global (GERIC) yang ditubuhkan untuk memperkasa peranan UMK sebagai peneraju dalam bidang pendidikan keusahawanan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau percaya kewujudan GERIC dapat menyemarakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan hasil inovasi serta pemindahan teknologi di UMK untuk kesejahteraan masyarakat.
Beliau berharap, GERIC mampu mencapai taraf sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Tinggi, melihat kepada program-program yang dirancang dengan begitu teliti.
Pada masa sama, beliau turut berharap UMK mampu menjadi universiti dengan status Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) dalam bidang keusahawanan seperti kejayaan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti Apex dalam bidang penyelidikan sains.
"Kementerian akan terus memberikan sokongan kepada UMK dalam melaksanakan agenda keusahawanannya melalui GERIC," katanya ketika melancarkan Agenda Keusahawanan dan Industri UMK, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Rujhan Mustafa; Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Raduan Che Rose.
Mohamed Khaled turut mencadangkan UMK melalui GERIC membuat kajian ke atas semua program keusahawanan yang ditawarkan di semua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan berpandukan kepada empat dimensi.
Katanya, empat dimensi itu adalah untuk melihat sama ada program yang ditawarkan dapat memupuk kecenderungan atau minat pelajar terhadap bidang keusahawanan selepas tamat pengajian, meningkatkan kecekapan budaya keusahawanan, kesannya ke atas sektor pekerjaan dan ekonomi negara serta masyarakat.
"Apa yang sedang dilaksanakan UMK ini secara langsung menyumbang kepada proses transformasi nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi dengan menjadikan modal insan, intelektual, sosial dan fizikal sebagai asas ekonomi bercirikan pengetahuan keusahawanan yang mapan dan segar," katanya.
Mohamed Khaled berkeyakinan penuh serta meletakkan harapan tinggi kepada UMK untuk menerajui agenda keusahawanan dan industri seterusnya melahirkan lebih ramai modal insan bercirikan keusahawanan.
Pada masa sama, kata beliau, UMK juga mampu menggalakkan lebih ramai siswazah menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan utama.
Staf beriadah dengan Naib Canselor
Tingkat potensi diri dalam pasaran kerja
USM cipta dapur boleh cas telefon bimbit
Rahman terima anugerah UKM
Graduan cemerlang selesa mengajar di pedalaman
UTM B ungguli Pertandingan Robocon 2013
Jangan jadi kacang lupakan kulit
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










