ARKIB : 20/07/2012
Perkenal Pelan Tindakan Keusahawanan IPT
KOTA BHARU 19 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi bakal memperkenalkan Pelan Tindakan Keusahawanan institusi pengajian tinggi (IPT) yang akan menggariskan strategi-strategi bagi memastikan matlamat Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT dapat dicapai.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dasar itu antara lain bermatlamat menyediakan negara dengan modal insan yang mempunyai ciri-ciri usahawan berketerampilan.
Selain itu, katanya, usaha menjayakan pendidikan keusahawanan di IPT juga akan diperkukuhkan dengan merangkumi beberapa elemen iaitu memupuk sikap peribadi positif dan kemahiran yang membentuk minda tingkah laku keusahawanan.
Elemen lain, kata beliau, meningkatkan kesedaran pelajar untuk bekerja sendiri dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, penggunaan kaedah berasaskan amalan dan penyediaan kemahiran asas perniagaan untuk bekerja sendiri.
"Pendidikan keusahawanan ini tidak sepatutnya hanya dikaitkan dengan perniagaan am dan ekonomi secara umum kerana matlamatnya adalah untuk menggalakkan kreativiti, inovasi dan mencipta kerjaya sendiri," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Agenda Keusahawanan dan Industri Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Rujhan Mustafa; Pengerusi Lembaga Pengarah UMK; Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Raduan Che Rose.
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
UKM tumpu ekopelancongan
Makmal UniMap diperakui
Jadi remaja rasional, bukan emosional
Pengurusan bencana alam
Pendidikan maya di sekolah
UiTM sedia 50,000 tempat
Kolej Integrasi Ilmu dijenama semula
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









