ARKIB : 18/07/2012
Pelajar AS kuasai bahasa Melayu
KUANTAN 17 Julai - Dua penuntut jurusan Sains Politik, Universiti Nothern Illinois (NIU), Amerika Syarikat, Matthew Ropp, 21, dan Derek Koegel, 22, berbangga apabila berjaya menguasai bahasa Melayu dengan fasih setelah mengikuti program tersebut untuk Pelajar Antarabangsa (BMfIS) di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini.
Semenjak diperkenalkan tahun lalu, seramai 10 penuntut NIU berjaya menamatkan program yang memfokuskan komunikasi autentik dalam tempoh enam minggu di bawah kendalian Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) itu.
Dekan PBMSK, Profesor Dr. Abdul Jalil Borham, berkata, kaedah pembelajaran yang digunakan berunsurkan pendekatan autentik yang mana bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan sesuai dengan masyarakat tempatan dalam kehidupan harian.
"Sepanjang sesi pengajaran di kelas, pelajar diajar topik yang menjurus kepada cara hidup serta budaya masyarakat serta keunikan di negara ini yang mempunyai penduduk daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya.
"Peserta juga didedahkan dengan topik yang lebih mencabar minda seperti industri automotif di Pekan, sejarah pahlawan di Pahang dan pembentukan Malaysia daripada penjajahan British," katanya semasa menyampaikan sijil penyertaan kepada pelajar yang tamat program, di sini baru-baru ini.
Sepanjang tempoh program tersebut, pembinaan modul dan pencarian bahan turut dibantu profesor dari NIU, James T. Collins serta tiga kakitangan akademik PBMSK iaitu pensyarah, Dr. Nik Aloesnita Nik Mohd. Alwi, Dr. Zailin Shah Yusof dan guru bahasa, Siti Muslihah Isnain bersama lima fasilitator.
Jelasnya, program tersebut memberi peluang kepada penuntut UMP berkongsi pendapat dan budaya, selain mempromosikan universiti itu ke peringkat global.
"Saya berharap program sebegini dapat diteruskan hasil kerjasama UMP dan pihak NIU pada masa akan datang demi mengukuhkan ikatan dua negara," ujarnya.
Sementara itu, Ropp berkata, sepanjang mengikuti program tersebut, dia dan rakannya berpeluang mempelajari adat perkahwinan orang Melayu di Pulau Pinang dan melawat rumah kelahiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kedah.
"Saya berkesempatan tinggal bersama keluarga angkat di Felda Lepar di sini serta bergaul dengan masyarakat setempat termasuk menyertai beberapa aktiviti di ladang dan majlis keraian," katanya.
Bagi Koegel, pengalaman menemubual beberapa penduduk kampung serta bertemu dengan orang ramai mampu meningkatkan tahap komunikasi yang lebih berkesan.
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









