VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 18/07/2012

Konvoi Anak Merdeka meriah

MIZAN Hitam melepaskan pergerakan Konvoi Anak Merdeka 1UiTM 1Malaysia ke Sungai Duyong, Melaka, baru-baru ini.

ALOR GAJAH 17 Julai - Kira-kira 2,000 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka memeriahkan Konvoi Anak Merdeka, 1UiTM 1Malaysia di kampus Alor Gajah di sini baru-baru ini.

Konvoi 88 buah kenderaan pacuan empat roda dan kereta itu turut melibatkan penyertaan Kolej Tun Perak dan Persatuan Warisan Anak Merdeka.

Pengerusi Persatuan Warisan Anak Merdeka, Datuk Dr. Mohamed Alwi Abdul Rahman berkata, bersama konvoi itu ialah anak merdeka yang lahir pada 31 Ogos 1957.

"Kita ingin menterjemahkan kepada remaja hari ini tentang pentingnya menghargai kemerdekaan negara.

"Kita jangan mudah melatah dengan menggadai serta memperjudikan nasib bangsa dengan proksi dan anasir negatif," katanya.

Program Konvoi Merdeka 1UiTM 1Malaysia yang berlangsung selama lima hari antara 10 hingga 15 Julai lalu dilepaskan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di Putrajaya.

Konvoi tersebut kemudiannya bergerak ke UiTM Alor Gajah dan tiba pada pukul 2.30 petang 14 Julai lalu.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena menyambut ketibaan konvoi itu di UiTM kampus Alor Gajah termasuk pertandingan nasyid antara kolej kediaman, ceramah, senamrobik dan jualan.

Turut diadakan adalah Forum Bicara Siswa yang membentangkan tajuk Amalan Seks Bebas, Media dan Islam.

Upacara penutupan dirasmikan oleh Rektor UiTM Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam.

Menurut Dr. Mizan, program sedemikian merupakan usaha berterusan UiTM Melaka ke arah jaringan hubungan yang erat antara industri dan khalayak.

Kata beliau, kemantapan pimpinan dan pengurusan UiTM akhirnya berjaya melaksanakan program tersebut.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.