ARKIB : 16/07/2012
MPI meterai MoA
UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Institut Akhbar Malaysia (MPI) bagi menawarkan kursus Sarjana Sains Komunikasi Kepengurusan kepada pengamal media bermula September depan di kampus UUM Kuala Lumpur.
MoA tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak manakala MPI diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Chamil Wariya.
Hadir sama, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, UUM College of Arts and Science (UUM CAS), Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin dan Ahli Majlis Pentadbir MPI, T. Selvakumar.
Mohamed Mustafa berkata, kursus tersebut ditawarkan kepada pengamal media yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di UUM.
"Program yang ditawarkan UUM ini sangat istimewa kerana ia menggabungkan elemen media, pengurusan dan perniagaan.
"Selain itu, waktu pengajian yang ditawarkan uga sangat fleksibel kerana pengamal media perlu mengikuti kelas pada hujung minggu dan boleh bekerja seperti biasa," katanya.
Sementara itu, Chamil berkata, MPI telah mengemukakan 11 permohonan bagi kumpulan pertama yang terdiri dari pengamal media.
Katanya, UUM dipilih kerana universiti itu mengkhusus dalam bidang pengurusan.
"Saya yakin kerjasama ini akan menguntungkan pengamal media dan terutama para wartawan dalam mempunyai kemahiran untuk menguruskan industri ini dengan baik pada masa akan datang," ujarnya.
Staf beriadah dengan Naib Canselor
Tingkat potensi diri dalam pasaran kerja
USM cipta dapur boleh cas telefon bimbit
Rahman terima anugerah UKM
Graduan cemerlang selesa mengajar di pedalaman
UTM B ungguli Pertandingan Robocon 2013
Jangan jadi kacang lupakan kulit
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










