VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 24/03/2014

Buku sejarah, biografi tokoh jadi inspirasi - Khaled

Mohamed Khaled Nordin (tiga dari kiri) melancarkan buku Maktab Sultan Abu Bakar: Sejarah Dan Biografi 100 Tokoh Melakar Kegemilangan di Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 23 Mac - Penerbitan buku berjudul Maktab Sultan Abu Bakar: Sejarah dan Biografi 100 Tokoh Melakar Kegemilangan berupaya menjadi inspirasi dan motivasi kepada generasi akan datang untuk mengecapi pelbagai kejayaan dalam kehidupan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tokoh-tokoh yang dimuatkan dalam buku tersebut adalah khazanah tidak ternilai negara berdasarkan sumbangan dan pencapaian yang dilakar mereka dalam pelbagai bidang.

“Buku ini bukan sahaja bertujuan mengimbau nostalgia dan pencapaian para pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) yang dahulunya dikenali sebagai English College (EC), tetapi lebih besar daripada itu.

“Penerbitan buku ini bertujuan menjadi inspirasi dalam kalangan generasi muda untuk mengikut jejak langkah tokoh-tokoh ternama negara selain terus mengharumkan nama negara di mata dunia," katanya semasa merasmikan Sambutan 100 Tahun Yang Gemilang MSAB di dewan baharu sekolah tersebut, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday dan Pengetua MSAB, Samsudin Md. Ariff.

Mohamed Khaled yang juga bekas pelajar English College turut menegaskan, kerajaan negeri komited memastikan rakyat tidak akan tercicir daripada mendapat pendidikan lengkap iaitu peringkat sekolah rendah dan menengah.

“Usaha ini selaras dengan dasar pendidikan yang diusahakan Kerajaan Malaysia untuk memastikan setiap anak negara ini mendapat pendidikan sempurna bagi membina modal insan yang tinggi.

“Antara langkah yang telah diambil untuk mencapai cita-cita tersebut ialah melalui pelbagai usaha penambahbaikan bidang pendidikan dengan menaik taraf infrastruktur sekolah dan tenaga pengajar," katanya yang merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah tersebut.

Yang turut diadakan, majlis membuka dan membaca kapsul amanat Prof. Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid yang disimpan rapi sejak 15 tahun lalu di Muzium Mini MSAB.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.