VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 15/08/2013

Rumah Terbuka Aidilfitri

KOTA TINGGI 14 Ogos - Orang ramai terutama yang menetap di sekitar kawasan Parlimen Tenggara dijemput untuk memeriahkan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique Jumaat ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Taman Kota Jaya di sini itu akan dimeriahkan dengan pelbagai juadah termasuk ketupat, lemang, sate dan rendang sebaik sahaja bermula selepas sembahyang Jumaat.

Dalam satu kenyataan, Halimah menyatakan majlis tersebut diadakan bertujuan membolehkan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bersama meraikan Aidilfitri sambil mengeratkan silaturahim dan beramah mesra dengan pemimpin setempat.

Sementara itu, majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid akan berlangsung pada Sabtu ini di Padang Bukit Kerajaan di sini mulai pukul 8 malam.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.