VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 11/07/2013

Penyapu lidi terus relevan

Mohd. Tumpang Kasnin memisahkan daun kelapa sawit sebelum dibawa balik untuk dibersihkan bagi dijadikan lidi di Labis, baru-baru ini. - UTUSAN/MOHAMED SAARI

LABIS 10 Julai - Arus pembangunan menyaksikan perlumbaan ciptaan baru dalam pelbagai bidang termasuk peralatan rumah namun penggunaan penyapu lidi terus mendapat tempat di seluruh negara terutama dalam kalangan masyarakat di luar bandar.

Permintaan penyapu lidi terus relevan malah terdapat peningkatan dalam permintaan namun tidak ramai yang tahu ataupun mahu meneruskan penghasilan produk pembersihan rumah ini kerana ia melibatkan proses meraut lidi pokok kelapa sawit yang memerlukan kesabaran tinggi biarpun tidak memerlukan kudrat yang banyak.

Bagi Mohd. Tumpang Kasnin, 78, yang tinggal di Rumah Rakyat, di sini proses meraut lidi penyapu tidaklah sesukar mana tetapi menuntut kesabaran serta tumpuan yang tinggi dan adakalanya perlu duduk selama berjam-jam untuk menyiapkan seikat penyapu.

"Proses meraut lidi untuk menyiapkan seberkas penyapu selalunya memakan masa dan memerlukan ketelitian kerana jika tidak berhati-hati ketika meraut membuang daun, bahagian hujungnya akan terputus dan lidi tidak boleh digunakan.

"Saya memang tidak menang tangan membuat penyapu lidi kerana permintaan yang tinggi dan saya hanya mampu menyiapkan antara 300 hingga 350 ikat setiap bulan dengan setiap satu dijual pada harga RM2," katanya yang telah membuat penyapu lidi sejak 40 tahun lalu.

Menurutnya, kerja meraut yang dilakukan adalah sebahagian daripada cara mengisi masa terluang selepas selesai menoreh pada sebelah pagi dan ia merupakan sesuatu yang berbaloi dilakukan kerana mampu menjana pendapatan sekitar RM700 sebulan bersesuaian dengan kudratnya yang semakin berusia dan tidak mampu melakukan kerja berat.

Kata Mohd. Tumpang, sekitar 1970-an iaitu semasa pembabitan awalnya dalam penghasilan penyapu lidi, permintaan tidak seperti sekarang walaupun ketika itu dia mampu menyiapkan sekitar 20 ikat penyapu sehari dengan harga 50 sen setiap satu.

"Tetapi kini saya pun hairan semakin banyak pilihan kepada pengguna di pasaran permintaan penyapu lidi semakin bertambah pula," katanya lagi.

Tidak semua daun kelapa sawit sesuai dijadikan penyapu kerana pokok muda mempunyai lidi halus pendek berbanding pokok yang berusia 20 tahun ke atas yang mempunyai lidi lebih kasar, panjang dan tahan lama.

Antara cabaran yang sering dihadapi Mohd. Tumpang adalah terserempak dengan ular tedung yang gemar bersembunyi dan mencari makanan seperti tikus di celah timbunan pelepah kelapa sawit yang telah dipotong.

Ujarnya, dia bernasib baik kerana tidak pernah diserang atau dipatuk kerana haiwan tersebut selalunya melarikan diri namun ahli keluarga yang lain berasa bimbang soal keselamatannya apatah lagi usianya yang semakin lanjut.

"Saya tidak bercadang berhenti meraut lidi penyapu kerana generasi muda hari ini tidak berminat untuk melakukan kerja tersebut.

"Saya gembira dengan kerja yang saya lakukan sekarang kerana dapat menyumbang kepada masyarakat biarpun tidak sebesar mana berbanding orang lain yang lebih berjasa.

"Pada usia semakin lanjut ini tidak banyak kerja yang boleh saya lakukan dan kerja meraut lidi penyapu ini sahaja yang paling sesuai untuk mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.