VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 17/03/2013

Pemimpin lama disaran berundur

JOHOR BAHRU 16 Mac - Pemimpin yang telah lama berkhidmat di negeri ini disaran untuk mengundurkan diri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) secara sukarela sekali gus memberi ruang dan peluang kepada muka-muka baru untuk bertanding.

Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Adam Abdul Hamid berkata, langkah tersebut bukan sahaja akan memudahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan calon yang sesuai malah diyakini mampu memberi kemenangan 100 peratus terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya di negeri ini.

"Berdasarkan maklum balas dari peringkat akar umbi, rata-rata mereka mahukan calon yang baru dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang dan saya yakin kalau ia dilakukan, sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN akan bertambah.

"Ini kerana daripada lebih 1.5 juta pengundi berdaftar di negeri ini, seramai 626,991 orang atau lebih daripada 50 peratus adalah berusia 40 tahun dan kita harus sedar dengan kuasa mengundi yang ada pada mereka," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Menurut Adam, orang lama dan golongan veteran terutama di kalangan wakil rakyat perlu membuat pengorbanan terhadap parti kerana itulah yang menjadi kekuatan dalam UMNO dan BN.

"Bukan itu sahaja, saya juga berpendapat sudah tiba masanya satu dasar dibuat di mana jawatan penting di peringkat negeri disandang tidak melebihi dua penggal sahaja," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.