VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 13/03/2013

Kepak tawar 12,000 pekerjaan

Badrul Hisham Kassim (empat dari kiri) menyerahkan replika tajaan akhbar Utusan Malaysia kepada Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Berhad, Shahrul Azhar Yaacob sempena Kepak 2013 di Nusajaya, semalam.

NUSAJAYA 12 Mac - Sebanyak 12,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan sempena penganjuran Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2013 (Kepak 2013) yang bakal berlangsung di tiga lokasi di sekitar Johor Bahru.

Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), Dr. Badrul Hisham Kassim berkata, lokasi pertama karnival itu ialah di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada Jumaat hingga Ahad ini sebelum diteruskan di Plaza Angsana dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada.

Beliau berkata, Kepak 2013 bertujuan memberikan pendedahan dan memadankan kumpulan sasaran dengan peluang kerjaya setempat di negeri ini selain menyasarkan keperluan tenaga kerja, kemahiran serta peluang perniagaan yang ada di kawasan Iskandar Malaysia dan pembangunan industri minyak dan gas di Pengerang.

"Pengunjung bukan sahaja mendapat padanan kerja, tetapi berpeluang menjana pendapatan serta mengembangkan perniagaan serta menggalakkan peningkatan kemahiran dan latihan semula.

"Peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan diharap dapat membantu meningkatkan pendapatan, khususnya kepada golongan berpendapatan bawah RM2,300," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini hari ini.

Turut berlangsung majlis penyerahan tajaan akhbar Utusan Malaysia berjumlah RM2,000.

Karnival yang bermula sejak 2011 itu merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jobs Malaysia Centre.

Bertemakan Peluang Berjaya Untuk Semua, Kepak 2013 bukan hanya memberi tumpuan kepada golongan pencari kerja semata-mata tetapi turut menyasarkan kumpulan lepasan sekolah, pusat latihan kemahiran dan lepasan institusi pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan.

Program tersebut juga memberi peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan termasuk suri rumah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.

Badrul Hisham berkata, karnival kali ini juga bakal diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti taklimat penyediaan butiran peribadi, temuduga terbuka dan perkongsian pengalaman dengan ikon terpilih dalam bidang masing-masing.

Selain itu, terdapat juga kursus pendek bagi bidang kemahiran seperti solekan horror effects yang sememangnya diperlukan dalam bidang industri kreatif, bengkel pendawaian elektrik dan kimpalan logam.

"Bagi yang tidak dapat hadir ke karnival berkenaan, mereka boleh melihat senarai peluang pekerjaan yang ditawarkan serta mendaftar di portal Jobs Malaysia Centre dengan melayari www.jobsmalaysia.gov.my," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.