VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 21/02/2013

Kadar pengangguran di Malaysia rendah berbanding negara maju - Tee Yong

LABIS 20 Feb. - Usaha berterusan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran kepada golongan belia terutama dalam bidang yang mempunyai permintaan tinggi menjadikan Malaysia mengatasi beberapa negara maju dari segi jumlah pengangguran.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, hasil perancangan rapi dan berterusan kerajaan untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat membolehkan pencapaian itu dicatatkan.

"Kadar pengangguran di negara ini adalah rendah dan terkawal, hanya sekitar 3.1 peratus berbanding beberapa negara maju seperti di Amerika Syarikat, 8.1 peratus, Kanada, 7.2 peratus dan Jepun, 4.5 peratus.

"Segalanya tidak datang bergolek dalam sekelip mata, sebaliknya memerlukan masa yang lama di samping pelan tindakan melalui pelbagai peringkat kajian sebelum kita dapat menikmati apa yang ada hari ini," katanya ketika ditemui semasa lawatan kerja di Kampung Tenang, dekat sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labis berkata, pengangguran merupakan masalah di kebanyakan negara dengan Eropah merekodkan sejumlah 24 juta orang yang tidak mempunyai pekerjaan.

Katanya, rakyat Malaysia bernasib baik kerana kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program pembinaan kerjaya dari semasa ke semasa sekali gus memberi kesedaran kepada golongan muda yang merangkumi kira-kira 40 peratus pengundi berdaftar.

"Peluang ekonomi, kerjaya dan pendidikan yang disediakan bukan sahaja dinikmati rakyat tempatan, malah orang luar turut datang mencari rezeki di sini kerana negara aman dan selamat berbanding negara asal mereka sehingga memilih untuk menetap di sini.

"Jadi rakyat perlu bijak buat keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana tindakan menukar kerajaan hanya membantutkan pembangunan yang telah dirancang seterusnya memberi kesan buruk," ujarnya.

Tee Yong turut meminta rakyat menilai sendiri kerajaan negeri Selangor yang disaman rakyat sendiri kerana gagal menunaikan janji dan kegagalan Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mempunyai logo mewakili pakatan pembangkang sebagai tanda tiadanya kesepakatan antara mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.