VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 11/02/2013

Perpaduan teras kemakmuran

ABDUL Ghani Othman (tiga dari kanan) dan Jamillah Ariffin (empat dari kanan) bersama pemimpin masyarakat Cina melukis kaligrafi Cina bermaksud keamanan pada majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma Tiong Hua, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 10 Feb. - Sambutan meriah Tahun Baharu Cina yang jatuh pada tahun ular harus dijadikan contoh dalam usaha memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, keharmonian yang dikecapi negara dan rakyat di negeri ini perlu dikekalkan demi kemakmuran dan pembangunan berterusan.

"Ular dikenali sebagai haiwan yang maju ke depan untuk mencapai tempat tujuan, jadi pada tahun ini kita harus mengambil sikap berusaha mengatasi cabaran menerusi tekad untuk terus meletakkan negara dalam keadaan keamanan dan kemakmuran," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra sempena Tahun Baharu Cina di Wisma Tionghua, di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Ali Hassan; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Pengerusi Persekutuan Tionghua Johor Bahru, Lim Ik Kim.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang itu turut menyaksikan Abdul Ghani menggaul Yee Sang bersama tetamu kehormat lain sebelum menerima cenderahati berupa tulisan kaligrafi Cina bermaksud 'Rakyat Jelata Bersatu Padu Hidup Aman Damai' selain turut dihiburkan dengan nyanyian dan tarian kebudayaan.

Abdul Ghani turut memaklumkan tentang kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa ini iaitu pada hari ketiga Tahun Baharu Cina di Senai, Kulaijaya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk pembinaan bangunan baharu Southern University College atau sebelum ini dikenali sebagai Southern College yang terletak di Skudai.

"Separuh daripada peruntukan itu akan diberikan pada tahun ini manakala bakinya tahun hadapan. Bangunan baharu ini perlu untuk pengajian antarabangsa di kolej tersebut," katanya lagi.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.