VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 16/01/2013

322 lepasan SPM ikuti program pradiploma UTHM

SEBAHAGIAN daripada pelajar mendaftarkan diri bagi mengikuti program Persediaan Diploma sesi 2013 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 15 Jan. - Seramai 322 orang pelajar sekolah menengah di negeri ini terpilih untuk mengikuti program Persediaan Diploma sesi 2013 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) baru-baru ini.

Program kali ketiga yang diadakan di Batu Pahat itu bertujuan memberi peluang kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di UTHM.

Pegawai Perhubungan Awam universiti berkenaan, Shafry Salim berkata, daripada jumlah tersebut sembilan daripadanya merupakan pelajar tajaan UTHM yang terdiri daripada anak yatim terpilih di negeri ini.

"Seramai 187 daripada peserta adalah lelaki dan bakinya pelajar perempuan. Program Persediaan Diploma merupakan program persediaan untuk diterima masuk ke UTHM dalam Program Pengajian Diploma yang diuruskan oleh K-UTECH EDU Sdn. Bhd, anak syarikat UTHM Holdings syarikat milik penuh UTHM.

"Para pelajar yang terpilih perlu menyempurnakan segala keperluan yang telah ditetapkan dalam program ini bagi membolehkan mereka melangkah masuk ke UTHM dan bergelar seorang mahasiswa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, hanya mereka yang lulus dalam peperiksaan akhir dan mencapai piawaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang ditetapkan akan ditawarkan ke program pengajian diploma di UTHM.

Tambah Safry, mereka yang mengikuti program itu akan mengikuti kelas selama 325 jam serta proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar sama seperti penuntut di UTHM iaitu berbentuk kuliah, tutorial dan amali.

"Mereka diberi pendedahan secara hands-on di makmal-makmal kejuruteraan dan turut didedahkan dengan beberapa kursus seperti aplikasi komputer, keusahawanan serta komunikasi bahasa Inggeris.

"Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar luar bandar merasai suasana pembelajaran di dalam kampus, di samping mengukuhkan lagi tahap penguasaan mereka dalam bidang matematik, sains, bahasa Inggeris dan asas perisian komputer," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.