VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 17/11/2012

Nur Atikah johan bercerita bahasa Melayu

NUR Atikah Jamsari selaku juara Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap Satu menerima hadiah daripada Syed Hamid Albar di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 16 Nov. - Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Lok Heng, Nur Atikah Jamsari, 9, muncul johan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap Satu sempena Program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Parlimen Kota Tinggi baru-baru ini.

Naib johan diraih murid SK Seri Setia Jaya, Nurhamizah Daud, 9, manakala tempat ketiga dimenangi Khairina Alya Rozaimey, 9, yang mewakili SK Bukit Mahkota.

Pertandingan anjuran bersama Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi itu berlangsung di SK Seri Setia Jaya, Tanjung Sedeli dekat sini.

Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap Dua pula dijuari oleh Amirah Haida Jamaludin, 12, dari SK Bukit Mahkota, manakala Mohd. Danial Misni, 12, dari SK Dato' Ismail Saadon (kedua) dan Norhidayah Ahmad dari SK Seri Aman (ketiga).

Bagi kategori sekolah menengah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Jaafar Albar muncul juara pertandingan Berbalas Pantun, manakala naib johan diraih SMK Lokman Hakim dan tempat ketiga oleh SMK Seri Aman.

Masing-masing membawa pulang hadiah piala dan sijil yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar. Yang turut hadir Yang Dipertua MDKT, Azman Mohamed Shah dan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Md. Din Hussein.

Syed Hamid dalam ucapannya berkata, bahasa Melayu merupakan tonggak emosi dan ketaatsetiaan rakyat Malaysia kepada negara ini.

Menurutnya, selain menjadi lambang jati diri dan kebanggaan rakyat, bahasa Melayu juga yang menentukan kelangsungan dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini sejak dahulu.

''Tidak mungkin bahasa lain dapat mengambil alih tempat bahasa Melayu kerana inilah bahasa yang dekat di hati rakyat dan kecintaan terhadapnya harus disemarakkan.

"Kita seharusnya berbangga kerana kaum lain turut menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. Rasa bangga inilah yang akan dapat menyemai dan mengukuhkan rasa nasionalisme dan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.