VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 14/11/2012

450 terima kad bantuan RM80

PONTIAN 13 Nov. - Seramai 450 penerima bantuan e-Kasih di kawasan Parlimen Tanjung Piai akan menerima kad bantuan bernilai RM80 seorang yang boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan di pasar raya besar terpilih.

Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng berkata, program yang melibatkan seramai 200 orang penerima Melayu dan 150 orang masing-masing bagi kaum Cina dan India itu membolehkan pembelian barang keperluan dengan kadar tertentu bagi tempoh setahun.

"Pemberian kad tersebut diharap dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan seperti orang miskin, ibu-ibu tunggal, warga usia emas dan sebagainya. Kami telah mengenal pasti mereka yang layak berdasarkan senarai e-Kasih di bawah Pejabat Daerah Pontian dan agensi kerajaan lain.

"Pemberian kad tersebut merupakan satu lagi usaha mengurangkan beban sara hidup golongan kurang bernasib baik selain Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memasuki tahun kedua," katanya pada majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Deepavali oleh Jabatan Penerangan Daerah Pontian, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tang Nai Soon; Pegawai Penerangan Daerah Pontian, Latifah Abdul Hamid dan Pengerusi MIC Bahagian Tanjung Piai, Krishnan Kumar.

Pada majlis tersebut, sebanyak 31 bungkusan barang keperluan harian seperti minyak masak, tepung, gula, susu, beras dan sebagainya diagihkan bagi sambutan Deepavali.

Dalam pada itu, Latifah berkata, sumbangan yang diberikan tersebut adalah sebagai tanda ingatan terhadap kaum India dan merupakan sebahagian daripada program komuniti untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Kami gembira kerana turut sama diberikan peluang menyumbangkan barangan keperluan kepada masyarakat India di Tanjung Piai seperti yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.