VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 24/09/2012

Pertandingan esei kemerdekaan pupuk semangat patriotik

BATU PAHAT 23 Sept. - Pertandingan Esei Kemerdekaan Ke-55 anjuran Gerakan Belia 4B Johor dan Utusan Malaysia Biro Johor dapat memupuk semangat patriotik yang menjadi elemen penting dalam mengisi kemerdekaan negara.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Johor, Syahrin Md. Jamaludin berkata, bagi mengisi sambutan ulang tahun kemerdekaan dengan lebih bermakna, semua pihak sewajarnya menghayati sejarah perjuangan dan kemerdekaan negara.

"Kita tidak mahu generasi hari ini buta sejarah kemerdekaan dan tidak menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu sehingga sanggup menghina kedaulatan negara.

"Apabila mereka menyedari keperitan perjuangan pejuang terdahulu membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah, mereka akan lebih menghargai nikmat kemerdekaan yang dicapai," katanya pada sesi promosi pertandingan berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Batu Pahat di sini baru-baru ini.

Pengetua SMK Convent, Tan Soo Soo berkata, pertandingan itu menjadi medan terbaik kepada para pelajar untuk mengasah bakat dalam bidang penulisan dan menerapkan semangat cintakan negara.

"Para pelajar tidak sewajarnya melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini dan membuat penyelidikan sama ada di perpustakaan atau dengan melayari Internet bagi menyelami sejarah kemerdekaan negara," katanya.

Seorang pelajar, Puteri Natasha Abdul Rahman, 16, berhasrat mengadakan perbincangan berkumpulan bagi mendapat idea terbaik untuk menghasilkan esei yang berkualiti.

Rakannya, Khaw Suey Ing, 16, pula merancang berkunjung ke Galeri Datuk Onn Jaafar di sini bagi mendapat sebanyak mungkin maklumat mengenai pejuang kemerdekaan yang amat sinonim dengan daerah ini.

"Saya harap dapat menghasilkan esei yang baik dan memenangi hadiah dalam pertandingan itu nanti," katanya.

Seorang lagi pelajar, Hamziah Ali, 16, pula berkata, pertandingan itu menjadi medium terbaik untuk mempelajari dan menghayati subjek sejarah.

"Subjek sejarah penting kerana ia bukan sahaja memberi maklumat mengenai perjuangan pemimpin terdahulu, malah mampu menyuntik semangat patriotik yang kental kepada generasi muda," katanya.

Sebanyak dua tajuk ditetapkan dalam setiap tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori A, Terbuka Belia dengan tajuk Saya Pilih Malaysia dan Peranan Belia Melestarikan Keamanan Malaysia.

Kategori B, Pelajar Sekolah Menengah (Malaysia 55 Tahun Merdeka dan Janji Kunci Keamanan Negara) dan Kategori C, Murid Sekolah Rendah (Peranan Pelajar Meneruskan Pembangunan Negara dan Saya Anak Merdeka)

Pemenang Kategori A akan menerima hadiah wang tunai RM1,500 beserta buku dan sijil, tempat kedua (RM1,000) dan tempat ketiga (RM500). Johan Kategori B bakal membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta buku dan sijil, tempat kedua (RM500) dan tempat ketiga (RM300) manakala pemenang Kategori C bakal menerima RM500 berserta buku dan sijil, tempat kedua (RM300) dan tempat ketiga (RM200).

Orang ramai boleh mendapatkan borang penyertaan pertandingan yang bermula 1 hingga 30 September ini daripada akhbar Utusan Malaysia sepanjang bulan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.