ARKIB : 14/09/2012
Bajet 2013 diharap terus bela nasib rakyat luar bandar
LABIS 13 Sept. - Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 28 September ini diharap terus memberi keutamaan terhadap nasib rakyat terutama golongan berpendapatan rendah di luar bandar.
Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, dengan pelbagai pelan transformasi yang dilaksanakan, bajet tersebut akan terus memacu keupayaan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan diharap dapat mengurangkan kadar pengangguran serta kemiskinan di negara ini.
"Ditambah imbangan perdagangan yang positif dan mikroekonomi yang kukuh dengan peningkatan sebanyak tiga peratus nilai eksport negara pada Julai lalu, negara kita akan terus mencatatkan nilai eksport melebihi import," katanya pada Majlis Jamuan Hari Raya di Dewan Majlis Daerah Labis di sini baru-baru ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, rakyat negara ini lebih bertuah kerana terus diberi perhatian dan dibela oleh kerajaan berbanding rakyat negara lain yang turut menerima tempias akibat daripada masalah ekonomi global.
Justeru, beliau mengingatkan penduduk supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai isu serta dakyah tidak berasas yang dimainkan oleh pihak pembangkang kerana ia hanya membuang masa dan lebih baik menumpukan perhatian terhadap usaha menyumbang kepada pembangunan negara.
Pada majlis itu, Tee Yong turut menyampaikan sumbangan kepada 520 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kawasan Parlimen Labis berupa barangan keperluan harian.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 1,000 pengunjung berbilang kaum yang disajikan dengan pelbagai hidangan sambil dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu raya.
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
3 pemimpin Pontian cipta sejarah
Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah
JCorp terus jadi rakan strategik Kepak 2013
Tingkatkan tahap perkhidmatan
Karnival Kerjaya di Plaza Angsana tawar 3,000 peluang kerja
Ziarah sempena sambutan Hari Guru
150 calon UPSR 13 sekolah sertai ceramah motivasi PTP
Mesyuarat Exco pertama Khaled
Nelayan Selat Tebrau bantah perhimpunan haram
Bisnes kek secara online
Muka baharu ikrar khidmat terbaik
Usahawan wanita disaran pasar produk dalam talian
Medium lahirkan belia patriotik
Presiden Kumpulan Sapura terima Ijazah Kehormat UTM
31 penuntut Politeknik Ibrahim Sultan berkhidmat di pusat jagaan warga emas
5,885 dapat rawatan buah pinggang
Dewan SMK Ledang dijangka siap Julai ini
Seramai 234 murid SK Kempas sertai kursus jawab soalan UPSR
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









