ARKIB : 13/09/2012
2 rakan gigih kembang kuda kepang
LABIS 12 Sept. - Pelbagai cabaran ditempuhi dua sahabat untuk memastikan tradisi kuda kepang yang diasaskan Kumpulan Kuda Kepang Perumahan Awam Labis sejak 18 tahun lalu terus subur di daerah kecil ini.
Abdul Jamil Fadhali, 52, dan Jamaluddin Idrus, 45, mencurahkan segala ilmu dan pengalaman ketika menganggotai kumpulan kuda kepang Felda Chempelak dekat sini agar tarian kepahlawanan berasal dari Tanah Jawa itu terus wujud untuk tatapan generasi akan datang.
Sebagai tulang belakang yang juga pawang pemulih kumpulan, Abdul Jamil menyatakan kepuasan kerana kumpulan mereka kini berjaya menarik penyertaan lebih 50 golongan muda dari kawasan sekitar walaupun dalam serba kekurangan sehingga terpaksa meminjam peralatan kegiatan serupa di Felda Chempelak.
"Sokongan semua ahli yang memberi kerjasama baik setiap kali latihan mahupun persembahan diadakan membuatkan saya tidak mampu untuk mengundur diri biarpun hakikatnya sibuk dengan tanggungjawab lain.
"Semangat dan sikap kerjasama yang ditonjolkan mereka setiap kali melakukan persiapan seperti menyediakan gelanggang latihan membuatkan saya membatalkan niat untuk 'bersara' beberapa kali," katanya ketika ditemui selepas mengadakan latihan di Padang Bolasepak Perumahan Awam Labis di sini baru-baru ini.
Lebih membanggakan, kata Abdul Jamil, kumpulan kuda kepangnya pernah diundang melakukan persembahan di Melaka, selain pengalaman membuat siri jelajah amal sekitar Segamat bagi mengumpul dana membantu seorang penghidap barah beberapa tahun lalu.
Jamaluddin yang merupakan peneraju kumpulan, selain turut bertindak sebagai pawang pemulih berkata, permainan kuda kepang ini memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang terdiri daripada dua bomoh pemulih, sembilan penari kuda kepang, sembilan pengawal kawasan dan lima pemuzik pengiring.
"Kuda kepang terdiri daripada empat kuda putih, empat kuda hitam dan seekor kuda merah sementara tiga pemain muzik akan memainkan angklung, seorang bermain gong dan seorang lagi memukul gendang," katanya.
Menurutnya, persembahan biasanya memakan masa sekitar dua jam dengan lapan 'kuda menari' yang dikawal oleh seorang 'danyang' (ketua kuda) menggunakan kuda berwarna merah dengan seutas tali yang dipanggil pecut.
Kata Jamaluddin lagi, selepas kira-kira 45 minit penari selalunya akan berada dalam keadaan separa sedar kerana terlalu fokus dengan muzik yang dimainkan dan mampu melompat setinggi dua meter dan melakukan beberapa aksi aneh lain, malah kadangkala menyepak pemuzik jika irama rancak tidak dialunkan.
Tambahnya, penari yang bertindak ganas dan keluar dari gelanggang akan ditangkap penjaga kawasan sebelum direbahkan dan pawang pemulih akan menghembuskan jampi ke telinga kuda atau bahagian badan lain untuk memulihkan penari.
"Ada juga pantang larang kepada penonton iaitu tidak dibenarkan membuat siulan, berpakaian merah atau mengacah 'kuda yang sedang mabuk' kerana ini akan membuatkannya bertindak agresif. Kumpulan kuda kepang lebih ramai biasanya menggunakan lebih banyak alat muzik seperti bonang, jidur, kenong dan saron," katanya lagi.
Bentuk murid jadi usahawan cilik
Bengkel pembungkusan, jenama
Pantau khidmat wakil rakyat DAP
Pelancaran Adu Pekan Nanas, 29 Jun
Khidmat bas perlu dinaik taraf
50 sekolah agama baharu siap tahun ini
Persatuan teksi digesa tubuh koperasi
Anugerah Harta Intelek Negara milik UTM
150 pelajar tawan Gunung Ledang
Pantau, kaji keselamatan jalan
ADUN Kukup guna pendekatan terus jumpa rakyat
HPSF perlukan 800 beg darah sebulan
Kurangkan import daging - MB
UEM Sunrise rai 85 pelajar cemerlang
MDS sedia RM600,000 cat bangunan lama
Hari Kesedaran Kesihatan Kg. Bakar Batu meriah
Proses pemutihan pastikan penghuni layak duduki PPR
80% warga HPSF kurang sihat
UTM, MIT meterai MoU selidik bandar lestari
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










