VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 01/09/2012

Pertandingan Esei Kemerdekaan ke-55 tawar RM6,000

JOHOR BAHRU 31 Ogos - Golongan belia serta pelajar yang berasal dari Johor berpeluang menterjemah semangat kemerdekaan dalam bentuk esei dan merebut hadiah wang tunai kira-kira RM6,000 dalam Pertandingan Esei Kemerdekaan Ke-55 anjuran Gerakan Belia 4B Johor dan Utusan Malaysia Biro Johor.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Johor, Syahrin Md. Jamaludin berkata, pertandingan itu akan diadakan sepanjang September ini dan penulisan esei dipilih kerana ia merupakan kaedah sesuai untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan belia, remaja dan kanak-kanak.

"Pertandingan ini bertujuan mendekati kelompok generasi muda yang cenderung kepada bidang penulisan selain memberi peluang kepada mereka meluahkan idea dan pandangan menerusi saluran yang betul.

"Selepas mendapat sambutan menggalakkan tahun lalu, kita mahu meneruskannya pada tahun ini. Kami mahu menjadi antara pertubuhan bukan kerajaan yang bersama-sama menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syahrin berkata, golongan remaja digalak melibatkan diri bagi membolehkan mereka menyatakan pandangan serta pendapat mengenai bulan kemerdekaan.

"Ini merupakan medium terbaik untuk mereka menyalurkan pendapat dan ia lebih baik berbanding melibatkan diri dengan perhimpunan yang tidak memberikan faedah," katanya.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori A (Terbuka Belia); Kategori B (Pelajar Sekolah Menengah) dan Kategori C (Murid Sekolah Rendah) dengan setiap kategori mempunyai dua tajuk esei untuk dihuraikan peserta.

Tajuk bagi kategori A ialah 'Saya Pilih Malaysia' dan 'Peranan Belia Melestarikan Keamanan Malaysia'; Kategori B pula 'Malaysia 55 Tahun Merdeka' dan 'Janji Kunci Keamanan Negara' manakala Kategori C pula ialah 'Peranan Pelajar Meneruskan Pembangunan Negara' dan 'Saya Anak Merdeka'.

Pemenang Kategori A akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 berserta buku dan sijil diikuti tempat kedua (RM1,000) dan tempat ketiga (RM500).

Hadiah RM1,000 beserta buku dan sijil pula menanti pemenang Kategori B diikuti RM500 bagi tempat kedua dan RM300 bagi tempat ketiga manakala pemenang Kategori C akan menerima RM500 berserta buku dan sijil, tempat kedua (RM300) dan tempat ketiga (RM200).

Orang ramai boleh mendapatkan borang penyertaan pertandingan itu menerusi akhbar Utusan Malaysia sepanjang bulan ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.