ARKIB : 29/08/2012
Rombongan guru pelatih IPGKTI ke Aceh
JOHOR BAHRU 28 Ogos - Rombongan lebih 50 orang dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI), Johor Bahru melawat Aceh, Indonesia awal bulan ini dalam acara yang dinamakan sebagai Program Pengantarabangsaan dan Kembara Ramadan 1433 ke Aceh 'Kami Prihatin'.
Penyelaras program, Mohd. Zain Badui berkata, lawatan selama empat hari di pertengahan Ramadan itu melibatkan 30 guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti Guru-Guru Sekolah Menengah (SM) Agama/SM Arab Negeri Johor.
Menurutnya, turut serta dalam lawatan adalah 13 pensyarah pengiring, seorang wakil Jabatan Pelajaran negeri dan lapan tetamu terdiri daripada keluarga pensyarah.
Katanya, delegasi diketuai Pengarah IPGKTI, Abdullah Zhidi Omar.
"Program ini adalah antara langkah mengantarabangsakan institut selain memberi pendedahan kepada guru pelatih sistem pendidikan di peringkat pengajian tinggi di Indonesia dan membandingkan latihan perguruan dengan Malaysia.
"Mereka juga dapat meninjau kaedah pengajaran dan pembelajaran agama Islam dan Bahasa Arab di sekolah menengah, madrasah dan sekolah pondok di Aceh, selain menyemai keinsafan dan berkasih sayang dengan anak-anak yatim mangsa tsunami melalui kerja sukarela," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Mohd. Zain yang juga pensyarah di Jabatan Sosial IPGKTI berkata, melalui program itu, diharap guru pelatih boleh mengenali negara jiran dan memanfaatkan pengalaman yang dikutip untuk dicurahkan kepada anak didik mereka di sekolah.
Selain itu, katanya, mereka juga berpeluang meninjau kesan-kesan musibah tsunami yang melanda Aceh pada tahun 2004 dan pada masa sama mempelajari sejarah Kesultanan Aceh yang terkenal dengan semangat patriotik menentang penjajahan Barat.
Kata Mohd. Zain, aktiviti hari pertama bermula dengan solat Jumaat sebaik tiba sebelum melawat Pusat Peningkatan Mutu Guru dan berbuka puasa bersama penghuni Rumah Anak Yatim Johor yang dibina Badan Perhubungan UMNO Johor.
Ujarnya, keesokannya mereka melawat Sekolah Olahraga Banda Aceh sebelum ke Pesantren Ruhul Islam.
Pesantren itu mempunyai keunikan tersendiri dengan penyampaian khutbah pelbagai bahasa iaitu bahasa Inggeris, Arab, Mandarin dan Jepun sebagai salah satu usaha melahirkan lulusan agama serba boleh dalam era globalisasi.
Tumpu usaha selenggara jalan kampung, lampu jalan - Hasni
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









