ARKIB : 29/08/2012
UTM menang reka robot terpantas
JOHOR BAHRU 28 Ogos - Pasukan Robocon Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dipilih sebagai pemenang Anugerah Reka Bentuk Terbaik pada Pertandingan Robot Asia Pacific Broadcasting Union (ABU) 2012 yang berlangsung di Hong Kong, baru-baru ini.
Pertandingan yang berlangsung pada 19 Ogos lalu itu disertai 17 pasukan dari 16 negara dengan pasukan tuan rumah menghantar dua pasukan, manakala Jepun, China, Rusia, Vietnam, Thailand, Indonesia, India, Mongolia, Brunei, Kazakhstan, Nepal, Fiji, Sri Lanka dan Malaysia masing-masing dengan satu pasukan.
Ketua Pasukan Robocon UTM, Dr. Yeong Che Fai daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) berkata, tema pertandingan pada tahun ini adalah Peng On Dai Gat (In Pursuit of Peace and Prosperity) yang memerlukan setiap peserta membina dua robot automatik dan sebuah robot manual bagi mendapatkan mata.
"Cabaran kali ini adalah kolaborasi antara robot manual dan automatik. Pasukan yang berjaya mengumpul semua roti dalam masa terpantas diisytiharkan sebagai pemenang.
"Pada sesi latihan kami berjaya melaksanakan tugasan itu dalam tempoh 39 saat dan merupakan antara pasukan terpantas dalam pertandingan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Che Fai berkata, UTM yang mewakili negara untuk kali kelapan dianggotai seramai 32 penuntut tahun satu dan dua daripada FKE, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Sains Komputer dan Maklumat.
Walaupun kalah kepada Jepun pada peringkat suku akhir, beliau tetap berbangga kerana berjaya mengungguli kategori reka bentuk terbaik.
"Kami berbangga dengan kejayaan ini kerana majoriti peserta terdiri daripada penuntut tahun satu program pengajian prasiswazah berbanding negara lain yang disertai penuntut tahun akhir," katanya.
Tumpu usaha selenggara jalan kampung, lampu jalan - Hasni
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









