ARKIB : 18/08/2012
Elak lambakan sampah
JOHOR BAHRU 17 Ogos - Sempena sambutan Aidilfitri kali ini, SWM Environment Sdn. Bhd., (SWM) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) mengatur beberapa strategi operasi bagi memastikan proses pungutan sisa pepejal berjalan lancar.
Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim berkata, jadual pungutan sampah akan dilakukan seperti biasa sehingga Sabtu ini, manakala bagi strategi pungutan sisa pepejal Hari Raya bermula Ahad hingga Selasa.
"Memandangkan majoriti pekerja SWM iaitu kira-kira 80 peratus beragama Islam akan bercuti pada Hari Raya pertama, kami mengambil langkah proaktif dengan kerja-kerja pungutan sisa pepejal tetap dilaksanakan pada Hari Raya pertama dengan kekuatan 30 peratus anggota pekerja bukan Islam dan tumpuan operasi adalah di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk di bandar raya ini.
"Bagi Hari Raya kedua dan ketiga pula, SWM dan kontraktor akan cuba memastikan semua laluan kutipan sampah akan kembali beroperasi sepenuhnya seperti biasa," katanya sebelum majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Grand Paragon semalam.
Menurutnya, antara kawasan yang diberi tumpuan seperti di kampung-kampung tradisional termasuk Kampung Melayu Majidee, Kampung Datuk Sulaiman Menteri (KDSM), Kampung Kurnia, Kampung Bendahara, Kampung Kubur, Kampung Baru, Setanggi, Larkin, Bakar Batu dan kawasan protokol.
Adnan berkata, kerja-kerja kutipan di tong-tong sampah besar jenis RORO (Roll On Roll) dan 'Mobile Garbage Bin' (MGB) sedia ada terutamanya bagi bandar raya itu tertumpu di kawasan kampung yang tidak dapat dilalui oleh lori kompektor dan operasinya bermula Isnin ini.
"Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kadar lambakan sisa pepejal di tepi-tepi tong tersebut. SWM berharap penduduk memanfaatkan dengan baik penggunaan tong-tong besar ini dengan mengamalkan konsep bawa sendiri sisa pepejal yang telah dibungkus sempurna ke lokasi tong," katanya.
Menurutnya, beberapa tong RORO tambahan pula akan diletakkan di beberapa lokasi iaitu bagi Zon Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), antaranya di Dewan Kampung Melayu, Sekolah Agama Stulang Baru, Balairaya KDSM, Jalan Bunga Ros dan Jalan Nona dan Kampung Pasir dengan kutipan dilakukan pada Ahad dan Isnin ini.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin membuat aduan atau mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkhidmatan tersebut boleh menghubungi talian hotline di 1-800-88-7472 atau membuat aduan ke http://swmresponz.swmsb.com.
Penduduk juga boleh menghubungi Ketua Komunikasi Korporat SWM, Shahrul Amir A. Rahim di talian 07-3866000 dan 012-7000025.
Bentuk murid jadi usahawan cilik
Bengkel pembungkusan, jenama
Pantau khidmat wakil rakyat DAP
Pelancaran Adu Pekan Nanas, 29 Jun
Khidmat bas perlu dinaik taraf
50 sekolah agama baharu siap tahun ini
Persatuan teksi digesa tubuh koperasi
Anugerah Harta Intelek Negara milik UTM
150 pelajar tawan Gunung Ledang
Pantau, kaji keselamatan jalan
ADUN Kukup guna pendekatan terus jumpa rakyat
HPSF perlukan 800 beg darah sebulan
Kurangkan import daging - MB
UEM Sunrise rai 85 pelajar cemerlang
MDS sedia RM600,000 cat bangunan lama
Hari Kesedaran Kesihatan Kg. Bakar Batu meriah
Proses pemutihan pastikan penghuni layak duduki PPR
80% warga HPSF kurang sihat
UTM, MIT meterai MoU selidik bandar lestari
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










