ARKIB : 16/08/2012
300 terima sumbangan Aidilfitri RAG
JOHOR BAHRU 15 Ogos - Seramai 300 anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan Aidilfitri daripada syarikat RAG Crest Holding Sdn. Bhd. (RAG) pada majlis berbuka puasa di sini semalam.
Pengarah Eksekutifnya, Roshawal Nizam Abdul Ghafar berkata, program berkenaan merupakan acara tahunan syarikat itu dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.
Beliau berkata, majlis itu juga merupakan sebahagian daripada acara meraikan pembukaan Wisma RAG yang baru di Taman Pelangi Indah di sini.
"Tumpuan perniagaan kami masih sama iaitu perkhidmatan pengurusan acara, pembekalan, pembinaan dan makanan menerusi jaringan beberapa anak syarikat yang ditubuhkan sejak 2001," katanya pada majlis tersebut.
Majlis perasmian Wisma RAG disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman.
Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri Wangsa dan meraikan kira-kira 50 pelajar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Queen Elizabeth.
Roshawal berkata, syarikat swasta juga perlu memainkan peranan mereka dalam membantu meringankan bebanan yang ditanggung khususnya golongan kurang bernasib baik.
"Kami juga komited membantu warga emas dan ibu tunggal menerusi pengagihan keperluan memasak bagi digunakan untuk persiapan hari raya dan sumbangan sama turut diberikan kepada keluarga pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Puteri Wangsa," katanya.
Tumpu usaha selenggara jalan kampung, lampu jalan - Hasni
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









