ARKIB : 16/08/2012
530 anak yatim, ibu tunggal terima sumbangan
JOHOR BAHRU 15 Ogos - Seramai 530 anak yatim, ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas menerima sumbangan Aidilfitri semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, sumbangan berupa barangan keperluan asas termasuk beras, gula, tepung dan minyak masak itu diberikan kepada ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan, termasuk balu askar Timbalan Setia Negeri (TSN).
"Seramai 30 anak yatim pula menerima duit raya sebanyak RM550 setiap seorang. Kita berharap sumbangan ini mampu meringankan lagi bebanan dan menceriakan mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi," katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di Masjid Ar-Rahman di Taman Dahlia, di sini.
Osman yang ditemani isterinya, Datin Nora Mohd. Som turut berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama penduduk sekitar.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan peruntukan khas RM3 juta bagi pembinaan semula masjid tersebut.
"Masjid yang baru dan serba cantik yang dibina ini telah dapat disiap mengikut jadual dan mula digunakan penduduk sejak dua minggu lalu," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor yang memberikan peruntukan RM500,000 untuk pembinaan masjid tersebut.
"Saya berharap penduduk sekitar dapat mengimarahkan masjid baru ini dengan pelbagai aktiviti bagi manfaat semua jemaahnya selain daripada solat berjemaah," katanya.
Kepak 2013 berjaya buka peluang pekerjaan, beri khidmat nasihat kepada pengunjung
Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman
Peranan guru ditagih
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
3 pemimpin Pontian cipta sejarah
Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah
JCorp terus jadi rakan strategik Kepak 2013
Tingkatkan tahap perkhidmatan
Karnival Kerjaya di Plaza Angsana tawar 3,000 peluang kerja
Ziarah sempena sambutan Hari Guru
150 calon UPSR 13 sekolah sertai ceramah motivasi PTP
Mesyuarat Exco pertama Khaled
Nelayan Selat Tebrau bantah perhimpunan haram
Bisnes kek secara online
Muka baharu ikrar khidmat terbaik
Usahawan wanita disaran pasar produk dalam talian
Medium lahirkan belia patriotik
Presiden Kumpulan Sapura terima Ijazah Kehormat UTM
31 penuntut Politeknik Ibrahim Sultan berkhidmat di pusat jagaan warga emas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









