ARKIB : 16/08/2012
TNB sedia RM30j naik taraf sistem
BATU PAHAT 15 Ogos - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) negeri memperuntukkan RM30 juta tahun ini untuk menaik taraf sistemnya, sekali gus yakin dapat memenuhi peningkatan mendadak permintaan bekalan tenaga elektrik sempena sambutan Aidilfitri, khususnya di kawasan luar bandar.
Daerah ini menerima peruntukan naik taraf paling tinggi dengan perbelanjaan RM10 juta bagi menampung permintaan bekalan elektrik yang tinggi, terutamanya di Peserai dan Parit Sulong.
Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Mohd. Aminuddin Mohd. Amin berkata, pihaknya telah mula membuat persiapan menghadapi hari raya bermula Mei lalu dengan menumpukan penyelenggaraan dan naik taraf di kawasan luar bandar.
"Seperti kebiasaan, ramai yang akan pulang beraya di kampung menyebabkan peningkatan mendadak penggunaan bekalan elektrik. Justeru, tumpuan perlu diberikan di kawasan luar bandar.
"Ini bagi memastikan tidak berlaku gangguan bekalan elektrik pada sambutan Hari Raya demi kepentingan semua pengguna iaitu industri, komersial dan kediaman," katanya selepas Majlis Iftar Ramadan@TNB Batu Pahat, di sini semalam.
Pada majlis itu juga, TNB turut menyampaikan cek RM46,090,50 kepada isteri kakitangan TNB yang meninggal dunia, Maizatulliza Mohd. Reduan.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin; ADUN Senggarang, Ja'affar Hashim dan Pengurus Kawasan Bahagian Pembahagian TNB Batu Pahat, Khairizam Ibrahim.
Mohd. Aminuddin berkata, bagi menjamin bekalan elektrik dapat diterima sebaik mungkin secara berterusan, TNB juga meletakkan petugas bahagian 'breakdown' seramai 200 orang di seluruh negeri ini.
Menurutnya, petugas tersebut sentiasa bersiap sedia selama 24 jam sehari secara bergilir-gilir agar dapat terus berkhidmat dengan segera apabila diperlukan.
"Kajian yang dilakukan oleh sebuah badan penilaian bebas menunjukkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan TNB di Johor pada tahun ini berada pada tahap 76 peratus, iaitu antara yang tertinggi di negara ini,'' katanya.
50 sekolah agama baharu siap tahun ini
Persatuan teksi digesa tubuh koperasi
Anugerah Harta Intelek Negara milik UTM
150 pelajar tawan Gunung Ledang
Pantau, kaji keselamatan jalan
ADUN Kukup guna pendekatan terus jumpa rakyat
HPSF perlukan 800 beg darah sebulan
Kurangkan import daging - MB
UEM Sunrise rai 85 pelajar cemerlang
MDS sedia RM600,000 cat bangunan lama
Hari Kesedaran Kesihatan Kg. Bakar Batu meriah
Proses pemutihan pastikan penghuni layak duduki PPR
80% warga HPSF kurang sihat
UTM, MIT meterai MoU selidik bandar lestari
Penduduk rayu lebarkan jalan
Pusat jual-jualan barangan terpakai
26 anggota IPD Muar naik pangkat
10 warga emas, OKU terima bantuan Ramadan
Hari Bersama Pelanggan Kejora diadakan 18 Jun
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










