ARKIB : 15/08/2012
Sasar kutipan zakat RM200 juta
JOHOR BAHRU 14 Ogos - Kerajaan negeri dijangka mampu memungut hasil kutipan zakat sebanyak RM200 juta bagi tahun ini berdasarkan kesedaran tinggi selain kemampuan umat Islam untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, jumlah kutipan itu dilihat semakin bertambah pada setiap tahun berbanding 10 tahun lalu iaitu sekitar RM50 juta sahaja.
"Sesetengah golongan mendakwa zakat termasuk zakat fitrah tidak diagihkan dengan baik tetapi ingin saya nyatakan di sini, Johor memiliki institusi tersusun yang melaksanakan tanggungjawab dengan baik dari segi kutipan dan agihan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa, Pembahagian Bungkusan dan Sumbangan Hari Raya Kerajaan Negeri dan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Johor (Juita) kepada Pasukan Keselamatan, Orang Kurang Upaya (OKU), Ibu Tunggal Berpendapatan Rendah, Penyerahan Zakat Perniagaan serta Pengagihan Dividen Hari Raya Felcra Berhad Wilayah Johor di Saujana, di sini semalam.
Beberapa syarikat turut mengambil bahagian dalam menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2011 mereka yang berjumlah lebih RM15 juta kepada kerajaan negeri melalui MAINJ.
Pada majlis berkenaan, kerajaan negeri menyerahkan RM249,000 serta 100 bungkusan kuih raya kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk anggota kurang upaya, mereka yang tercedera semasa bertugas, balu serta waris.
Juita turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Pusat Perlindungan Kanak- kanak Sinar Juita, ibu tunggal dan sumbangan kepada 65 pusat pemulihan dalam komuniti seluruh Johor.
Majlis turut menyaksikan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyampaikan sumbangan hari raya kepada fakir miskin seluruh negeri berjumlah RM5.3 juta kepada setiap pegawai tadbir agama daerah.
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Asap, bau masakan tidak halal
Tubuh pusat latihan kemahiran di Tanjung Bin
Kerajaan dibentuk atas konsep muafakat
Kepak 2013 berjaya buka peluang pekerjaan, beri khidmat nasihat kepada pengunjung
Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman
Peranan guru ditagih
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
3 pemimpin Pontian cipta sejarah
Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah
JCorp terus jadi rakan strategik Kepak 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









