ARKIB : 14/08/2012
Lima Geng Tikus diberkas
JOHOR BAHRU 13 Ogos - Polis menahan lima ahli Geng Tikus termasuk seorang wanita warga Indonesia kerana dipercayai terlibat dalam 10 kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman JP Perdana di sini 4 Ogos lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek berusia 25 hingga 30 tahun itu ditahan pukul 5.30 pagi oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas dua kereta, tujuh komputer riba, empat televisyen LCD selain alat pemotong, sarung tangan dan serangkai kunci pendua yang digunakan untuk melakukan jenayah.
"Geng Tikus ini aktif melakukan samun, pecah rumah dan curi kenderaan di kawasan Iskandar Malaysia sejak awal tahun lalu.
"Tiga daripada suspek turut mempunyai tujuh rekod jenayah lampau, antaranya kes bunuh, samun dan di bawah Akta Dadah Berbahaya. Kesemua mereka direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya kini memburu seorang lelaki, Lee Sai Kiew, 40, dipercayai ada kaitan dengan geng berkenaan.
Dalam kes berasingan, polis turut menahan empat suspek termasuk seorang wanita berusia 23 hingga 35 tahun disyaki terlibat dalam 15 kes pecah rumah dan curi kereta di sekitar kawasan Seri Alam.
Menurutnya, kesemua suspek ditahan di Taman Desa Cemerlang di sini pukul 4 pagi, Sabtu lalu dan hasilnya polis menemui semula dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang dilaporkan hilang di Johor Jaya di sini.
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
3 pemimpin Pontian cipta sejarah
Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah
JCorp terus jadi rakan strategik Kepak 2013
Tingkatkan tahap perkhidmatan
Karnival Kerjaya di Plaza Angsana tawar 3,000 peluang kerja
Ziarah sempena sambutan Hari Guru
150 calon UPSR 13 sekolah sertai ceramah motivasi PTP
Mesyuarat Exco pertama Khaled
Nelayan Selat Tebrau bantah perhimpunan haram
Bisnes kek secara online
Muka baharu ikrar khidmat terbaik
Usahawan wanita disaran pasar produk dalam talian
Medium lahirkan belia patriotik
Presiden Kumpulan Sapura terima Ijazah Kehormat UTM
31 penuntut Politeknik Ibrahim Sultan berkhidmat di pusat jagaan warga emas
5,885 dapat rawatan buah pinggang
Dewan SMK Ledang dijangka siap Julai ini
Seramai 234 murid SK Kempas sertai kursus jawab soalan UPSR
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









