ARKIB : 07/08/2012
Longgokan sampah cemar jalan Kampung Semanggar Dalam
Saudara Pengarang,
ISU sampah seolah-olah tiada jalan penyelesaian walaupun pelbagai langkah diambil oleh pihak berkuasa.
Namun, usaha mengubah masyarakat yang mempunyai mentaliti kelas ketiga sememangnya sukar walaupun kempen serta ceramah mengenainya banyak kali diadakan.
Tidak terkecuali bahu jalan utama di Kampung Semanggar Dalam, Kota Tinggi kerana masih ada yang 'buta hati' dalam menjaga kebersihan kerana ia dianggap sebagai tanggungjawab kumpulan tertentu dan bukan tanggungjawab bersama seluruh ahli masyarakat.
Ketika melalui jalan berkenaan baru-baru ini, masih terdapat segelintir masyarakat yang suka membuang sampah tanpa mengira tempat, sedangkan sampah yang dibuang itu dikaitkan dengan penularan pelbagai jenis penyakit selain menimbulkan masalah bau dan mencacatkan pemandangan.
Namun hakikatnya, di sepanjang jalan tersebut, terdapat longgokan sampah-sarap yang bukan hanya mencacatkan pemandangan, malah menimbulkan bau busuk.
Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir penduduk itu nyata mengecewakan masyarakat kerana ia 'mengganggu' keselesaan kehidupan harian mereka.
Malah ia memberi imej buruk apabila penduduk di kawasan tersebut boleh dianggap 'pengotor' oleh orang luar.
Masalah itu bukan hanya diletakkan di bahu pihak yang berkenaan, tetapi juga tanggungjawab semua.
Tanggungjawab itu perkara 'mudah' apabila semua pihak membuang sampah-sarap masing-masing di tempat yang disediakan, bukannya melonggokkannya di tepi jalan.
Justeru, semua penduduk diharap mengamalkan gaya hidup bersih dan sihat.
Kepak 2013 berjaya buka peluang pekerjaan, beri khidmat nasihat kepada pengunjung
Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman
Peranan guru ditagih
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
3 pemimpin Pontian cipta sejarah
Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah
JCorp terus jadi rakan strategik Kepak 2013
Tingkatkan tahap perkhidmatan
Karnival Kerjaya di Plaza Angsana tawar 3,000 peluang kerja
Ziarah sempena sambutan Hari Guru
150 calon UPSR 13 sekolah sertai ceramah motivasi PTP
Mesyuarat Exco pertama Khaled
Nelayan Selat Tebrau bantah perhimpunan haram
Bisnes kek secara online
Muka baharu ikrar khidmat terbaik
Usahawan wanita disaran pasar produk dalam talian
Medium lahirkan belia patriotik
Presiden Kumpulan Sapura terima Ijazah Kehormat UTM
31 penuntut Politeknik Ibrahim Sultan berkhidmat di pusat jagaan warga emas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









