ARKIB : 04/08/2012
Takaful Ikhlas beri sumbangan keluarga miskin
JOHOR BAHRU 3 Ogos - Sempena Ramadan dan Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. memberikan sumbangan kepada beberapa keluarga terpilih di negeri itu.
Penolong Naib Presiden, Ketua Wilayah Johor, Mohd. Hairul Saleh berkata, sumbangan berupa barangan keperluan dan wang tunai itu diberikan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat pihaknya melibatkan beberapa daerah di negeri itu.
"Sumbangan ini kita adakan setiap tahun bagi membantu keluarga kurang berkemampuan yang terpilih dengan harapan ia dapat meringankan beban mereka terutamanya pada musim perayaan," katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, seorang penerima, Ma'ani Rahmat, 42, yang merupakan ibu tunggal kepada lima orang anak bersyukur dengan pemberian tersebut, sekali gus dapat memberikan kegembiraan kepada anak-anaknya sempena Aidilfitri.
Dia yang menyambut Aidilfitri buat pertama kali tanpa suami yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Januari lalu memberitahu, sambutan tahun ini sama sahaja seperti tahun lalu.
"Sudah pasti saya dan anak-anak sedih, namun kami sekeluarga akan cuba menghadapinya," katanya yang kini bergantung hidup dengan melakukan kerja kecil-kecilan dan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ma'ani yang bercadang untuk pulang berhari raya ke kampungnya di Panchor, Muar berkata, biarpun pendapatan bulanan bersih yang diperoleh kira-kira RM500, dia akan sentiasa cuba memberikan yang terbaik bagi keluarga.
Seorang lagi ibu tunggal, Esah Bokot, 65, berkata, barangan keperluan yang diterima akan digunakan sebaiknya bersama dua anak lelakinya dengan salah seorang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Dia yang tidak bekerja kerana perlu menjaga anaknya itu hanya bergantung kepada pendapatan bulanan anak sulungnya yang tidak seberapa dan tidak tetap kerana sering bertukar pekerjaan.
"Biarpun kehidupan saya begini, kami sekeluarga gembira sekali gus bersyukur dengan bantuan yang diterima hari ini," katanya yang kematian suami empat tahun lalu akibat barah otak.
Tinjauan Utusan Malaysia di kedua-dua rumah penerima tersebut mendapati, kedua-dua keluarga itu hidup dalam serba kekurangan dengan keadaan rumah yang kurang selesa serta sempit.
Bagi mana-mana pihak yang mahu menghulurkan bantuan kepada Ma'ani boleh menyalurkannya ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 01100-41-00012301-6 atau menyampaikannya di alamat No. 161-A, Lorong Sawa 1, Kempas Baru manakala bagi Esah pula ke akaun BSN di 01118-41-00000378-4 atau ke alamat No. 3 Lorong Sawa 1 juga di Jalan Utama, Kempas Baru.
Tumpu usaha selenggara jalan kampung, lampu jalan - Hasni
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









