ARKIB : 01/08/2012
SKSK juara Sukom KPYPJ 2012
JOHOR BAHRU 31 Julai - Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif (SKSK) muncul juara Kejohanan Sukan Antara Pelajar (Sukom) di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) yang diadakan di sini baru-baru ini.
SKSK mengungguli tiga daripada lapan acara yang dipertandingkan, sekali gus mengetepikan cabaran sengit Sekolah Pengurusan Sains Sosial (SPSS) dan Sekolah Hospitaliti.
Dalam kejohanan tiga hari yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Johor Bahru itu, SKSK muncul juara dalam acara karom berpasukan, catur lelaki dan sepak takraw selain menjadi naib johan dalam acara futsal lelaki, ping pong, bola tampar dan boling.
Selaku juara, SKSK menerima sebuah piala pusingan dan wang tunai yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abdul 'Alim Abd. Shukor.
Abdul 'Alim dalam ucapan penutupan kejohanan memberitahu, Sukom merupakan landasan terbaik mengeratkan hubungan silaturahim sesama penuntut Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dan pada masa sama mampu menjana kecergasan mental dan fizikal para peserta.
Beliau menyokong penuh usaha yang diambil pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) KYPJ dalam menggerakkan aktiviti kecergasan menerusi sukan kerana ia berupaya menyumbang ke arah tahap kesihatan lebih baik para pelajar dalam menghadapi pengajian masing-masing.
"Dengan adanya kejohanan ini, sedikit sebanyak ia dapat menyuntik semangat berpasukan yang tinggi dan hubungan erat dalam kalangan penuntut kolej-kolej KPYPJ.
"Saya berharap aktiviti bersukan tidak terhenti selepas kejohanan ini, malah terus diadakan di peringkat kolej masing-masing bagi mengekalkan momentum kecergasan dan budaya hidup sihat," katanya.
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









