ARKIB : 01/08/2012
UTHM juara keseluruhan Kor Sispa Kebangsaan
BATU PAHAT 31 Julai - Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Sispa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) muncul juara keseluruhan Perhimpunan Kor Sispa peringkat kebangsaan di Terengganu, baru-baru ini.
UTHM mengatasi 19 institusi pengajian tinggi (IPT) lain setelah memenangi tempat pertama dalam pertandingan kawad kaki, melawan kebakaran dan kayak yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Bagi pertandingan menyelamat tempat tinggi, UTHM mendapat tempat kedua, kemahiran membaca peta (ketiga) dan kemahiran menyelamat di air (keempat).
Seramai 80 pegawai kadet termasuk lapan pegawai bersekutu, penyelaras dan jurulatih Kor Sispa UTHM menyertai perhimpunan itu yang bertujuan menguji dan mengukur tahap kemahiran mahasiswa sepanjang mengikuti latihan Kor Sispa di IPT masing-masing.
Komanden Kor Sispa UTHM, Prof. Dr. Jailani Md. Yunos berkata, beliau berpuas hati dengan semua ahli kontinjen yang sangat komited membuat persiapan rapi untuk menyertai perhimpunan itu.
Katanya, latihan dimulakan sejak sebulan sebelum pertandingan dengan satu latihan pusat bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kuala Lumpur Institut Industri Teknologi Malaysia (UniKL MITEC) di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (Pulapas), Kluang.
"Diharapkan pada masa akan datang, Kor Sispa UTHM akan dapat mengekalkan prestasi yang ada, terus maju dalam melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi seterusnya menaikkan nama UTHM," katanya di sini baru-baru ini.
Bentuk murid jadi usahawan cilik
Bengkel pembungkusan, jenama
Pantau khidmat wakil rakyat DAP
Pelancaran Adu Pekan Nanas, 29 Jun
Khidmat bas perlu dinaik taraf
50 sekolah agama baharu siap tahun ini
Persatuan teksi digesa tubuh koperasi
Anugerah Harta Intelek Negara milik UTM
150 pelajar tawan Gunung Ledang
Pantau, kaji keselamatan jalan
ADUN Kukup guna pendekatan terus jumpa rakyat
HPSF perlukan 800 beg darah sebulan
Kurangkan import daging - MB
UEM Sunrise rai 85 pelajar cemerlang
MDS sedia RM600,000 cat bangunan lama
Hari Kesedaran Kesihatan Kg. Bakar Batu meriah
Proses pemutihan pastikan penghuni layak duduki PPR
80% warga HPSF kurang sihat
UTM, MIT meterai MoU selidik bandar lestari
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










