VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 01/08/2012

Perlu bijak nilai maklumat Internet

RAZALI Ibrahim beramah mesra dengan penerima wang pendahuluan pengajian pada Majlis Penyerahan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Dermasiswa Bakti di SMK Seri Menanti, Muar, Johor, baru-baru ini.

MUAR 31 Julai - Penuntut universiti diingatkan bijak menilai maklumat yang diperoleh daripada Internet bagi mengelak terpengaruh dengan informasi tidak betul seterusnya hilang fokus dalam pengajian.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, mereka perlu berfikir dan menilai sesuatu maklumat terlebih dahulu dan bukan menerimanya bulat-bulat.

"Bukan bermakna kerajaan mahu menyekat sumber di internet daripada mempengaruhi mereka tetapi sebagai peringatan dan langkah berjaga-jaga. Kerajaan bersikap terbuka dalam hal ini walaupun kita tahu maklumat di internet boleh menjejaskan Barisan Nasional (BN) tetapi kita tidak pernah sekat.

"Malah, kita bagi lagi kemudahan komputer kepada pelajar-pelajar kerana mahu mereka cemerlang dalam pelajaran," katanya pada Majlis Penyerahan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Dermasiswa Bakti di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti, di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, Razali menyerahkan wang PTPTN sebanyak RM945,000 kepada 63 penuntut baru politeknik yang berasal dari Muar dan dermasiswa RM12,000 kepada pelajar tingkatan empat yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Setiap penuntut menerima RM1,500 sebagai wang pendahuluan dan pelajar tingkatan empat dari seluruh Muar itu menerima RM600 seorang pada tahun ini dan RM600 lagi tahun depan.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, mereka yang berjaya menjejak kaki ke menara gading amat bertuah dan peluang itu tidak seharusnya disia-siakan dengan perkara tidak berfaedah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.