ARKIB : 01/08/2012
300 peniaga terima kanopi RM150,000
KOTA TINGGI 31 Julai - Seramai 300 peniaga kecil di Parlimen Pengerang menerima bantuan peralatan kanopi bernilai RM150,000 daripada kerajaan untuk kegunaan mereka.
Bantuan itu disampaikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyifatkannya antara pendekatan sentuhan hati dan usaha berterusan kerajaan membantu semua golongan termasuk peniaga kecil menikmati taraf hidup lebih baik.
Menurutnya, setakat ini lebih 700 peniaga di kawasan Parlimen berkenaan telah mendapat manfaat daripada bantuan tersebut.
"Saya berharap semua penerima memanfaatkan sepenuhnya bantuan peralatan yang diterima bagi meningkatkan perniagaan yang dijalankan," katanya selepas menyampaikan sumbangan itu di pekarangan Masjid Gugusan Adela, dekat sini kelmarin.
Sementara itu, seorang penerima, Zamri Jaim, 36, dari Felda Air Tawar 5 mengakui bantuan tersebut sedikit sebanyak membantunya meningkatkan perniagaan yang dijalankan kini.
"Saya amat bersyukur kerana sebelum ini tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak. Saya juga yakin selepas ini perniagaan yang dijalankan ini akan bertambah maju," katanya yang berniaga kuih-muih sejak empat tahun lalu.
Suratmi Sumadi, 62, pula bersyukur kerana terpilih menerima bantuan tersebut.
"Kini saya tidak lagi risau tentang cuaca panas atau hujan kerana kemah yang diberi amat selesa serta cantik," katanya yang telah tiga tahun menggunakan payung untuk berniaga kuih di sini.
Dalam perkembangan lain, Azalina turut kesal dengan tindakan beberapa aktivis alam sekitar dari luar negara yang mengadakan ceramah berbentuk hasutan bagi memburukkan kerajaan berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, baru-baru ini.
"Kita percaya mereka ini telah ditaja oleh golongan yang seolah-olah mahu mengambil kesempatan selain mewujudkan kebencian kepada kerajaan dalam masyarakat.
"Namun, saya berterima kasih kepada masyarakat di sini yang tidak mudah terpengaruh dengan dakyah mereka selain memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan," katanya.
Tumpu usaha selenggara jalan kampung, lampu jalan - Hasni
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









