ARKIB : 01/08/2012
7 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang
LABIS 31 Julai - Tujuh sekeluarga di Felda Tenang di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran petang semalam.
Mangsa, Hasyim Khamis, 80, yang mengalami sakit kaki hanya mampu menyelamatkan diri tanpa dapat mengambil barangan berharga termasuk dokumen penting.
Menurutnya, kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku dengan pantas kerana rumah keluarganya tersebut diperbuat daripada kayu.
"Biarpun tidak sempat menyelamatkan harta benda, saya bersyukur kerana tiada kemalangan terutamanya cucu saya yang masih kecil.
"Meskipun sedih kerana kehilangan rumah semasa umat Islam menjalankan ibadah puasa dan akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, tapi saya reda kerana ada hikmahnya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.
Sementara itu menantunya, Fauziah Harun, 37, memberitahu, ketika kejadian dia bersama anak sulungnya tidur dalam salah sebuah bilik di depan rumahnya.
Dia hanya menyedari kebakaran selepas terdengar bunyi cermin tingkap pecah yang disangkanya angkara kucing sebelum pergi memeriksa dan mendapati api sedang marak.
"Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian depan rumah kerana sebaik sahaja keluar dari bilik saya dapati api di ruang tamu sedang marak.
"Tanpa membuang masa saya terus menyelamatkan kedua mertua yang tidak begitu sihat bersama anak saya tanpa sempat menyelamatkan sebarang benda termasuk dokumen pengenalan diri," katanya sambil memberitahu suami dan dua lagi adik iparnya tiada di rumah semasa kejadian.
Menurutnya, semua persiapan untuk menyambut Aidilfitri termasuk baju raya yang telah dibeli awal turut musnah dalam kebakaran tersebut.
Katanya, mereka sekeluarga kini menumpang buat sementara waktu di rumah salah seorang lagi anak Hasyim yang menetap di tanah rancangan yang sama.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Mohd. Khairi Zainudin berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota dan seorang pegawai dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kebakaran itu pukul 4.05 petang.
"Pasukan kita sampai di tempat kejadian pukul 4.16 petang dan api dapat dikawal kira-kira 10 minit kemudian. Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









