ARKIB : 31/07/2012
Sultan Ibrahim agih bubur lambuk di Kampung Tengah
MUAR 30 Julai - Ramadan kali ini amat bermakna bagi penduduk Kampung Tengah, Sungai Terap, dekat sini apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghadiri majlis pengagihan bubur lambuk kepada penduduk.
Pada majlis yang diadakan di Masjid As Syakur di kampung itu semalam, baginda mencemar duli dengan mengacau bubur lambuk sambil diperhatikan oleh Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris dan anakanda bongsu baginda, Tunku Abu Bakar.
Sambil mengacau bubur lambuk, Sultan Ibrahim sempat berseloroh dengan menyatakan kawah bubur yang dikacau oleh baginda lebih sedap berbanding tiga lagi kawah yang dikacau oleh penduduk kampung.
Dalam kesempatan itu, baginda turut menunjukkan kepada Tunku Abu Bakar cara-cara mengacau bubur lambuk sebelum menitahkan putera baginda melakukan perkara yang sama.
Selepas itu, baginda turut mengagih-agihkan bubur lambuk kepada penduduk kampung sebelum melawat bazar Ramadan di Sungai Abong, di sini sebelum berbuka puasa.
Sementara itu, Ketua Kampung Tengah, Rashid Alias melahirkan perasaan gembira, terharu dan menjunjung kasih atas kesudian keluarga diraja menghadiri majlis berkenaan dan sekaligus beramah-mesra dengan penduduk.
Menurutnya, penduduk kampung turut amat teruja untuk menemui keluarga diraja apabila dimaklumkan oleh pegawai daerah bahawa Sultan Johor akan melawat kampung tersebut.
50 sekolah agama baharu siap tahun ini
Persatuan teksi digesa tubuh koperasi
Anugerah Harta Intelek Negara milik UTM
150 pelajar tawan Gunung Ledang
Pantau, kaji keselamatan jalan
ADUN Kukup guna pendekatan terus jumpa rakyat
HPSF perlukan 800 beg darah sebulan
Kurangkan import daging - MB
UEM Sunrise rai 85 pelajar cemerlang
MDS sedia RM600,000 cat bangunan lama
Hari Kesedaran Kesihatan Kg. Bakar Batu meriah
Proses pemutihan pastikan penghuni layak duduki PPR
80% warga HPSF kurang sihat
UTM, MIT meterai MoU selidik bandar lestari
Penduduk rayu lebarkan jalan
Pusat jual-jualan barangan terpakai
26 anggota IPD Muar naik pangkat
10 warga emas, OKU terima bantuan Ramadan
Hari Bersama Pelanggan Kejora diadakan 18 Jun
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










