ARKIB : 31/07/2012
Johor lancar Kembara Merdeka
JOHOR BAHRU 30 Julai - Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55, kerajaan negeri hari ini melancarkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 10 Daerah dengan Kota Tinggi sebagai daerah pertama dijelajahi.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday berkata, kembara yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda disertai oleh 10 orang itu akan menjelajah ke semua daerah sambil membuat hebahan supaya orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang.
"Program itu turut diisi dengan aktiviti penyampaian bantuan kepada 20 penerima golongan yang kurang bernasib serta majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh beberapa wakil rakyat di setiap daerah terlibat. Ini bermakna 200 orang akan menerima sumbangan berupa barangan keperluan Aidilfitri.
"Selepas Kota Tinggi, kembara akan menyelusuri Johor Bahru, Kluang, Batu Pahat, Segamat, Muar, Ledang, Kulaijaya dan yang terakhir di Pontian iaitu pada 9 Ogos ini," katanya selepas melancarkan kembara tersebut di Jabatan Penerangan di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Penerangan negeri, Hamdan Hassan.
Terdahulu, semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Publisiti Bulan Kemerdekaan Ke-55 peringkat negeri, Md. Jais menggesa rakyat negeri ini mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, kenderaan dan premis perniagaan masing-masing.
"Pengibaran Jalur Gemilang adalah sebagai lambang kesetiaan dan kecintaan terhadap tanah air setelah 55 tahun negara merdeka yang banyak memberi kemakmuran secara menyeluruh.
"Sehubungan ini saya menggalakkan para peniaga yang menjual persiapan sambutan Aidilfitri seperti pakaian dan kuih-muih supaya turut menjual Jalur Gemilang," katanya.
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
3 pemimpin Pontian cipta sejarah
Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah
JCorp terus jadi rakan strategik Kepak 2013
Tingkatkan tahap perkhidmatan
Karnival Kerjaya di Plaza Angsana tawar 3,000 peluang kerja
Ziarah sempena sambutan Hari Guru
150 calon UPSR 13 sekolah sertai ceramah motivasi PTP
Mesyuarat Exco pertama Khaled
Nelayan Selat Tebrau bantah perhimpunan haram
Bisnes kek secara online
Muka baharu ikrar khidmat terbaik
Usahawan wanita disaran pasar produk dalam talian
Medium lahirkan belia patriotik
Presiden Kumpulan Sapura terima Ijazah Kehormat UTM
31 penuntut Politeknik Ibrahim Sultan berkhidmat di pusat jagaan warga emas
5,885 dapat rawatan buah pinggang
Dewan SMK Ledang dijangka siap Julai ini
Seramai 234 murid SK Kempas sertai kursus jawab soalan UPSR
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









