ARKIB : 28/07/2012
26 masjid, 36 surau terima sumbangan Ramadan
PONTIAN 27 Julai - Kepercayaan beragama yang berbeza tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong untuk meneruskan pendekatan memberi sumbangan kepada 26 buah masjid dan 36 surau di kawasannya bersempena Ramadan.
Selain sebagai tanggungjawabnya mendekati pengundi Islam yang sedang menjalani ibadah puasa, beliau mengakui pentingnya peranan masjid dan surau sebagai institusi pembangunan masyarakat.
"Ia merupakan pendekatan turun padang bagi mengenali kepimpinan masjid dan surau yang selama ini mendokong aspirasi dan dasar-dasar kerajaan. Selain aktiviti yang dapat merapatkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum, ia juga memperkukuhkan lagi perpaduan sesuai dengan sambutan bulan kemerdekaan ketika ini.
"Sambutan sesuatu perayaan oleh kaum atau agama berkenaan telah menjadi satu landasan bagi merapatkan integrasi antara kaum di negara ini. Tradisi ini jarang berlaku di negara-negara lain, namun di Malaysia ia menjadi lambang perpaduan," katanya pada majlis penyampaian sumbangan di pekarangan Masjid Jamek Kampung Pulai Sebatang, di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Penghulu Mukim Api-Api, Mohd. Razali Dahlan dan Ketua Kampung Kawasan (6) Mukim Api-Api, Azman Kamar.
Tambah Siew Kiong, pihaknya juga akan mengadakan program memasak bubur lambuk serta majlis berbuka puasa dalam masa terdekat dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM) Pulai Sebatang, pentadbiran ketiga-tiga buah mukim, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan pertubuhan bukan kerajaan.
Beliau juga berharap orang ramai dapat berbelanja secara berhemah di musim perayaan ini dengan hanya membeli barangan keperluan bagi mengelakkan sebarang pembaziran.
"Walaupun ekonomi negara bertambah baik, langkah berjimat cermat hendaklah diamalkan agar kita sentiasa mempunyai simpanan mencukupi bagi kegunaan seperti pendidikan, perubatan dan sebagainya," katanya lagi.
Tumpu usaha selenggara jalan kampung, lampu jalan - Hasni
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









