ARKIB : 24/07/2012
200 pelajar istimewa sertai pertandingan Tarian 1Malaysia
LABIS 23 Julai - Seramai 200 pelajar pendidikan khas dari 16 sekolah menengah dan rendah daerah Segamat berentap dalam Pertandingan Tarian 1Malaysia Pendidikan Khas untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan mereka dalam bermasyarakat.
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Segamat (Bahagian Pendidikan Khas), Masnawi Samsuddin berharap dengan pendedahan yang diberikan, mereka akan lebih berkeyakinan dan berketerampilan serta berani dalam membuat keputusan semasa berdepan masyarakat selain menanamkan minat dalam kegiatan kesenian.
"Di samping mendidik dan mendedahkan mereka kepada kesenian, kita juga cuba untuk mencungkil bakat mereka dalam bidang ini yang mungkin boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi," katanya pada majlis yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Labis, di sini baru-baru ini.
Pemenang pertandingan yang diadakan itu akan mewakili daerah Segamat pada kejohanan peringkat negeri yang dijadual September ini.
Selain pertandingan tarian, mereka turut menyertai pertandingan mewarna sambil dihiburkan dengan pertunjukan silap mata, tarian singa, tarian klasik India dan senaman J-Robik.
Pengunjung serta ibu bapa juga berpeluang membeli pelbagai produk hasil tangan mereka.
Masnawi berharap ibu bapa pelajar dapat bekerjasama dengan pihak sekolah dalam sebarang usaha membangunkan pelajar tersebut kerana selain akademik, pihak sekolah juga amat menitikberatkan aspek pengurusan diri golongan berkenaan.
Beliau berkata, pihak jabatan sentiasa berusaha membangunkan keupayaan pelajar pendidikan khas dalam pelbagai bidang seperti sukan, kesenian dan pertanian, malah ramai golongan kelainan upaya berjaya menjadi atlet paralimpik dan mewakili negara pada kejohanan antarabangsa.
Tumpu usaha selenggara jalan kampung, lampu jalan - Hasni
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









