ARKIB : 24/07/2012
Warga emas kesal doktor arah beli ubat sendiri
Saudara Pengarang,
SAYA merupakan seorang warga emas berusia 61 tahun. Pada usia sebegini, saya mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk menghidapi sakit belakang dan sengal-sengal sendi.
Disebabkan itu, pada bulan lalu, saya pergi ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di bahagian Jabatan Pesakit Luar seawal pukul 10 pagi dengan harapan untuk mendapatkan rawatan sewajarnya dan melegakan rasa sakit itu.
Setelah hampir 50 minit menunggu, tiba giliran saya untuk masuk berjumpa doktor dan apabila pemeriksaan dilakukan, doktor telah memberikan dua jenis ubat iaitu Magnesium Trisilicate dan Diclofenac Sodium untuk dimakan.
Bagaimanapun, saya amat kecewa apabila doktor mengatakan saya perlu membeli sendiri sejenis lagi ubat iaitu Glucosamine di farmasi kerana HSI tidak membekalkannya kepada pesakit.
Apa yang menyedihkan, saya datang ke HSI dengan harapan ia dapat membantu melegakan sakit yang dihidapi tetapi malangnya, ia menambahkan lagi beban saya apabila terpaksa menanggung kos ubat tersebut berharga RM130 setiap satu jika dibeli di farmasi.
Penyakit ini bukan sekali dua, tetapi telah banyak kali berlaku ke atas diri saya dan sekiranya perlu membeli ubat yang dinasihatkan doktor terbabit, sejujurnya saya memang tidak mampu.
Saya hanya mencari makan dengan membuat kerja-kerja kampung dan memperoleh pendapatan yang tidak tetap, cukup-cukup untuk perbelanjaan harian saya dan keluarga.
Justeru, saya agak musykil mengapa hospital besar seperti HSI tidak dapat membekalkan ubat tersebut kepada pesakit seperti saya kerana tidak semua orang mampu membelinya di farmasi.
Oleh yang demikian, saya berharap pihak berwajib tampil menjawab isu ini dan menjelaskannya kepada umum.
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
3 pemimpin Pontian cipta sejarah
Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah
JCorp terus jadi rakan strategik Kepak 2013
Tingkatkan tahap perkhidmatan
Karnival Kerjaya di Plaza Angsana tawar 3,000 peluang kerja
Ziarah sempena sambutan Hari Guru
150 calon UPSR 13 sekolah sertai ceramah motivasi PTP
Mesyuarat Exco pertama Khaled
Nelayan Selat Tebrau bantah perhimpunan haram
Bisnes kek secara online
Muka baharu ikrar khidmat terbaik
Usahawan wanita disaran pasar produk dalam talian
Medium lahirkan belia patriotik
Presiden Kumpulan Sapura terima Ijazah Kehormat UTM
31 penuntut Politeknik Ibrahim Sultan berkhidmat di pusat jagaan warga emas
5,885 dapat rawatan buah pinggang
Dewan SMK Ledang dijangka siap Julai ini
Seramai 234 murid SK Kempas sertai kursus jawab soalan UPSR
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









