ARKIB : 23/07/2012
52 pemandu teksi terima baucar TR1Ma
PONTIAN 22 Julai - Seramai 52 pemandu kereta sewa dan teksi di kawasan Kukup menerima baucar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) sempena mesyuarat agung Koperasi Pemandu dan Tuan Punya Kereta Sewa Kukup Berhad, di sini baru-baru ini.
Mereka menerima baucer bernilai RM520 yang disampaikan Pengarah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Selatan, Nur Affandi Maulud Ahmad.
Nur Affandi berkata, hingga kini, pihaknya menerima kira-kira 3,000 permohonan daripada pemilik kereta sewa dan teksi bagi mendapatkan baucar tersebut yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena program TR1Ma, 24 Jun lalu.
Beliau berharap pemandu bersikap jujur dan tidak menukar baucar yang diterima dengan wang tunai kerana bantuan tersebut merupakan usaha kerajaan bagi membantu mereka.
"Kerjasama persatuan pemandu teksi dan kereta sewa supaya dapat memastikan ahli tidak melakukan perbuatan menyalahi undang-undang dan menggunakannya bagi membeli tayar.
"Gunakan dengan sebaik-baiknya peluang yang diberikan kerajaan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada orang ramai termasuk di kawasan luar bandar," katanya.
Seorang pemandu teksi wanita, Sakodah Amarang, 60, berkata, dia akan menggunakan baucar itu bagi menggantikan tayar kenderaannya apabila tiba masa kelak.
"Dengan pendapatan kira-kira RM900 sebulan, kami juga terpaksa memberi perhatian bagi penyelenggaraan kereta dan bantuan tayar ini dapat meringankan bebanan," katanya.
Ahmad Jantan, 78, pula berharap bantuan itu dapat diteruskan pada masa akan datang memandangkan pemandu kereta sewa dan teksi juga memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.
"Terima kasih kami kepada Perdana Menteri yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam pelbagai bidang termasuk pemandu kereta sewa dan teksi," katanya.
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Asap, bau masakan tidak halal
Tubuh pusat latihan kemahiran di Tanjung Bin
Kerajaan dibentuk atas konsep muafakat
Kepak 2013 berjaya buka peluang pekerjaan, beri khidmat nasihat kepada pengunjung
Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman
Peranan guru ditagih
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









