ARKIB : 23/07/2012
Samun: Polis buru dua lagi penjenayah Indonesia
JOHOR BAHRU 22 Julai - Polis masih memburu dua lagi suspek warga Indonesia yang berjaya melarikan diri di kawasan semak di Kilometer 75 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam kerana dipercayai terlibat dalam kes samun di daerah ini, Jumaat lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, polis berjaya mengejar kenderaan Proton Waja dengan nombor pendaftaran palsu yang dinaiki tiga suspek lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an itu.
"Kita juga percaya mereka baru selesai merompak dan merancang untuk melakukan rompakan lagi sebelum tindak tanduk mereka dicurigai pihak polis.
"Kita masih giat mencari dua lagi suspek berkenaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi talian hotline 07-2212999," katanya selepas merasmikan Program Komuniti Kepolisian, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, ketiga-tiga penjenayah itu cuba melarikan diri apabila dikejar anggota polis dari daerah Johor Bahru Selatan dan Kluang.
Semasa dikejar, Proton Waja yang dipandu suspek terbabas selepas terlanggar pembahagi jalan. Seorang daripada penjenayah tersebut berjaya ditahan, namun dua rakannya melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.
Hasil siasatan mendapati kereta Proton Waja yang dinaiki kumpulan penjenayah itu dilaporkan dicuri di Temerloh, Pahang dan polis turut menemui sebilah parang dalam kenderaan terbabit.
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









