ARKIB : 23/07/2012
18,930 dapat beras 1Malaysia
JOHOR BAHRU 22 Julai - Seramai 18,930 keluarga di rumah pangsa awam di kawasan Parlimen Pulai akan menerima sumbangan satu kampit Beras 1Malaysia.
Sumbangan beras yang berkonsepkan 1rumah 1kampit beras itu diberikan kepada penghuni di beberapa rumah pangsa meliputi semua kaum yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Rinting dan DUN Kempas.
Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyampaikan sumbangan tersebut ke beberapa rumah pangsa di DUN Pengkalan Rinting termasuk Rumah Pangsa Pekaka, Rumah Pangsa Camar, Rumah Pangsa Simbang dan Selesa Jaya.
Menurutnya, berdasarkan tinjuan terdapat 10,600 keluarga rumah pangsa awam di kawasan tersebut terdiri daripada kaum Melayu, 5,584 (Cina) dan 1,912 (India) serta selebihnya lain-lain.
"Pemberian sekampit beras tersebut adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap masyarakat setempat khususnya mereka yang tinggal di rumah pangsa tanpa mengira kaum," katanya selepas menyampaikan bantuan tersebut di Rumah Pangsa Pekaka, Taman Perling, di sini baru-baru ini.
Terdahulu Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai menyampaikan sebuah van jenazah bernilai RM100,000 yang disumbangkan oleh dermawan, Datuk Dr. Saharil Irwan Md. Sa'ad kepada Surau Al-Hidayah, di Jalan Pekaka 5, dekat sini.
Pengerusi Surau Al-Hidayah, Hussin Jasman berkata, van tersebut boleh dimanfaatkan oleh kira-kira 12,000 umat Islam di kawasan persekitaran tersebut bagi memudahkan mereka membawa jenazah.
Antara perumahan yang mendapat manfaat dengan sumbangan van itu termasuk Taman Perling, Bukit Indah, Uda Utama, Tampoi Utama dan Kampung Danga.
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Asap, bau masakan tidak halal
Tubuh pusat latihan kemahiran di Tanjung Bin
Kerajaan dibentuk atas konsep muafakat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









