ARKIB : 21/07/2012
62 sekolah di Parlimen Pengerang terima bantuan alat siar raya
KOTA TINGGI 20 Julai - Sebanyak 62 sekolah di dalam kawasan Parlimen Pengerang, dekat sini menerima bantuan peralatan siar raya yang bernilai RM124,000.
Penerima bantuan itu terdiri daripada 23 sekolah kebangsaan (SK); sembilan sekolah menengah kebangsaan (SMK); 24 sekolah agama; lima sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan sebuah SJK Tamil.
Bantuan berupa sepasang peralatan sistem pembesar suara, dua unit mikrofon dan satu power mixer bernilai RM2,000 itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said pada satu majlis di Dewan Sekolah Menengah Sains Bandar Penawar, di sini kelmarin.
Turut hadir, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Ishak Ismail dan Pegawai Pelajaran Agama Daerah, Engku Muda Engku Musa.
Bantuan itu bertujuan mengurangkan bebanan sekolah bagi membeli peralatan berkenaan bagi kegunaan semasa menjalankan aktiviti dalam dan luar bilik darjah.
Guru Kanan Bahasa SMK Semenchu, Habsah Ngah Mat Ariff berterima kasih atas keprihatinan kerajaan memberi bantuan alat siar raya yang dapat membantu pihaknya dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan di sekolah.
"Sebelum ini kami terpaksa menggunakan pembesar suara mudah alih atau menyewa alat siar raya daripada pihak luar jika mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah, namun dengan adanya bantuan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu kami.
"Bagi saya, pemberian bantuan ini umpama pucuk dicita, ulam mendatang dan mewakili pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Pengerang dan kerajaan atas bantuan ini," katanya.
Wakil PIBG SK Sungai Rengit, Norul Izzat Nasir pula berkata, pihak sekolah amat menghargai sumbangan itu kerana mereka sememangnya amat memerlukan peralatan tersebut.
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









