VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 Oktober 2014 / 8 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 11/02/2014

Wanita Jerman maut terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu

PASUKAN penyelamat Taman Kinabalu mengusung mayat pelancong Jerman, Viktoria Poulsen melalui pintu Timpohon setelah mangsa jatuh dari puncak Gunung Kinabalu, Sabah, semalam. - UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

RANAU 10 Feb. - Hasrat seorang pelancong wanita warga Jerman untuk merakam gambar matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu di sini tidak kesampaian apabila mangsa maut akibat terjatuh dari puncak Low Peak gunung tersebut yang setinggi kira-kira 30 meter hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, mangsa, Viktoria Paulsen, 22, yang merupakan penuntut Universiti Xeamen, China, berada di luar kawasan garisan selamat.

Difahamkan, mangsa memanjat penghadang keselamatan yang disediakan di lokasi terbabit.

Menurut Ketua Seksyen Perlindungan dan Penguatkuasa Taman-Taman Sabah, Thomas Yusop, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 7 pagi sebelum beberapa pasukan penyelamat yang berada di kawasan berkenaan melancarkan operasi mencari mangsa.

Menurutnya, mangsa berjaya dikesan kira-kira pukul 8 pagi sebelum operasi membawa keluar mangsa bermula kira-kira tiga jam kemudian.

"Pasukan yang terdiri dari kakitangan Taman Kinabalu, Sutera Harbour, Malim Gunung dan Mountain Talk terpaksa menggunakan pengusung dan membawa mayat mangsa ke pintu Timpohon, di sini kira-kira pukul 5.30 petang.

"Keadaan cuaca yang lembap selepas hujan dan kabus tebal menyukarkan operasi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abd. Rahman Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti punca sebenar.

"Pada masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Ranau untuk bedah siasat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:06
Isyak 8:15


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.